Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa.
seusai diskusi 'Minda Tertawan' |
Pada masa itu juga saya sempat bertemu beliau yang mana sebelumnya sememangnya berhasrat berjumpa dengannya membincangkan karyanya untuk meluaskan lagi maksud2 dalam tulisannya. Disitu ruang diskusi bermula. Saya sempat terus membeli buku di galeri Gerakbudaya.
Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa |
Di galeri Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) |
Di galeri ITBM |
"...Cabaran kita dewasa ini adalah untuk menerapkan
faham-faham yang telah dijelmakan oleh cendekiawan kita demi memperlihatkan
masalah-masalah yang masih menghinggapi masyarakat kita.
Buku ini merupakan satu usaha kearah memperlihatkan
masalah-masalah negara kita secara kritis dan
mengemukakan untuk pertimbangan kita bahawa
musuh terbesar kita sebenarnya adalah minda tertawan."
(Dr. Syed Farid Alatas, Assoc. Prof. , Head, Department of Malay Studies, National
University of Singapore)
Saya pernah menimbulkan semula
wacana ini yang saya sifatkan sebagai 'budaya mencetak' produk graduan. Ketika itu saya menghadiri satu bicara yang diadakan di R.A Fine Art, Publika, Jalan Duta, K.Lumpur. Saya
membangkitkan bagaimana pengajian yang dilalui oleh pelajar dan pengajar juga
sedang melalui satu suasana yang tidak menyokong wujudnya iklim ilmu yang kondusif atau dalam bahasa lain tidak mendokong budaya ilmu.
Bicara Karya Seniman Siri IV |
Bagi menyampaikan maksud saya dan ramai orang lain lagi, saya memetik sedikit petikan beliau dalam Hubuddunya dan Jiwa Merdeka'.
"Seharusnya kita juga mempertahankan jabatan-jabatan pengajian yang membina korpus khazanah akademik dalam bidang falsafah, pemikiran dan persuratan. Salah satu contoh yang boleh dipuji pada tahun-tahun 1990-an ialah berdirinya ISTAC yang dipelopori oleh Professor Syed Mohd naquib Al-Attas dan menerima galakan menteri pendidikan pada waktu tu, Anwar Ibrahim. tetapi selepas patronnya tersingkir dari kekuasaan ISTAC juga dilihat sebagai hidup segan mati tak mau, hingga akhirnya diserap seolah-olah sebuah jabatan biasa dalam sebuah universiti."
[photo; Jun 2014] International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) |
Saya sering juga memetik sajak beliau yang termuat dalam 'Menyarung Jiwa - Soulship'
Libros Gandhi
Di lantai dua
Ruang kafe dipenuhi manusia
Berbaju t, dan yang bertali leher
Mengadap meja-meja ditimbuni buku-buku
Empat lima orang mengelilingi tiap meja
kedengaran bahasa sepanyol disertai gerak tangan
berbicara, debat intelektual
Sambil ngopi
Di lantai satu
buku-buku tersusun rapi di rak-rak seluas saujana
memandang
dari kira-kira puluhan hingga ribuan peso
terjual buku-buku dari seluruh dunia
Di pasio de la reforma *
ciudad de mexico *
di kedai buku, kafe dan muzium seni
manusia berbicara ghairah
hal-hal setempat dan sedunia
hal-hal setempat dan sedunia
meski kota ditandai wajah-wajah kemiskinan
serta setinggan dan peneroka
yang baru tiba dari pedalaman
berpakaian warna-warni tenunan kampung
Dapatkah kau menghayati
kekayaan rohani
intelektual
kekayaan rohani
intelektual
di tengah-tengah kemiskinan
berbanding negara
berbanding negara
yang kaya materi dan bendanya
namun miskin pemikiran dan rohaninya
hanya tubuh berpakaian kain kilat dari korea,
dubai dan paris
namun miskin pemikiran dan rohaninya
hanya tubuh berpakaian kain kilat dari korea,
dubai dan paris
gracias senor *
adios senorita *
Disember 1996
adios senorita *
Disember 1996
Ciudad de Mexico
* Sebuah jalan, 6 lorong sehala ditengah-tengah jalan raya Mexico
* bandaraya Mexico
* Sebuah jalan, 6 lorong sehala ditengah-tengah jalan raya Mexico
* bandaraya Mexico
* terima kasih tuan
* selamat tinggal puan
Sajak dipetik dari 'Kemiskinan Intelektual dan Budaya Laih' dalam 'Minda Tertawan' dan 'Menyarung Jiwa - Soulship'
Bicara Karya Seniman 4 di R.A FIne Art, Publika, Jalan Duta, Kuala Lumpur |
Ulasan Sepintas Lalu
1. Dari kalangan mereka yang berjuang dalam lapangan politik, bercita mendapat kekuasaan, sebaliknya apabila mencapai kekuasaan melakukan sesuatu yang lebih teruk lagi.
2. Dalam kalangan terpelajar pula bersikap mengiyakan/mengabsah tindakan pemimpin politik.
3. Ahli akademik di universiti tidak banyak menulis, walaupun dari bidang mereka cebur. tidak tahu apa yang patut mereka tulis sebagai sumbangan dalam khidmat kerjaya masing2
Gambar Hiasan |
Wawancara bersama Raja Ahmad
Aminullah
Sabtu 11 apr 2015, 530ptg (Buku
Minda Tertawan)
Soalan 1: Kesenian di Malaysia
Seni adalah satu yang ‘alami
(natural), ratusan tahun. Seni semasa perlu kefahaman semua pihak di kalangan pembuat dasar dan pelaksana.
Seni dan budaya merupakan
fundamental basis membangun tamadun bangsa. Takrifan sekarang hanya peringkat
luaran, takrifan sebenarnya falsafah dari apa yang terzahir. Pendidikan dan
media memain peranan yang penting. Contoh intipati kegiatan seniman yang telah dianugerah,
diberi penekanan oleg generasi baru.
Dahulu terbatas penulisan kreatif
hujung minggu, cotoh dalam utusan zaman. Penulisan wacana dan kritikan tak
dianggap penting
Diberi penekanan pemahaman seni pada
pemimpin dan pelaksana dassar
Soalan 2: Peranan Media
Mencerdaskan Pemikiran bangsa dan
pecaya pada kecerdika pembaca
Peranan Puisi dan sajak sekarang
usaha masih jauh dari target yang sebenar
Mata pelajaran seni – budaya –
sejarah. Seni dan budaya terpisah dengan akar sejarah bangsa menyebabkan ramai
tak tahu kaitan.
Perrlu pembaikan selain dari usaha
dari entiti2 yang sedia ada seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut
Terjemahan Buku Malaysia (ITBM).
Golongan budayawan – seniman harus
melahirkan karya yang ingin dibaca khalayak, bukan sekadar unutk seronok.
Soalan 3: Kaitan Seni dan Masharakat
Seni tidak wujud dalam vacuum atau
lompong. Penulis menanggap apa yang berlaku di sekeliling. Penulis mempunyai
khalayak sendiri. Contoh karya2 sekitar tahun 30an – 50an (Angkatan Sasterawan
ASAS 50), Selinna Samad Said, ketertarikan.
Jika ada alien datang, melihat
kehidupan orang di Malaysia hidup dalam bunglow, kehidupan social yang
berantakan.
Watak tokoh korporat tidak
menggambarkan reality masharakat.
Soalan 4: Aspek Sosiobudaya dan Seni
Sebahagian dari kita masih teruja
dan tertawan – samada dari barat atau timur. Masih belum mampu mengadaptasi
dengan konteks masharakat. Misalnya apa yang berlaku di timur tengah, Arfrika.
Kita terus menanggap tanpa analisis relevansi dengan kita. Kkita menjadi
khalayak tertawan. Tiada inisiatif membangun khalayak sendiri sebaliknya
mereplikasi.
‘universalime’ – rahmat sekalian
‘alam
Ilmu pengetahuan dan kemajuan, jika
perlu ubah suai. Apa yang berlaku, kita mengambil keseluruhan selain dari cara
berpakaian termasuk pemikiran dan ilmu (mencatak).
Ahli akademik jarang membuat kajian
luar bidangnya. Menurut Otega Igase, ‘the barbarism of specialization’.
Pengkhususan yang ekstreme menyebabkan …..
Mungkin kita tak mampu melahirkan
scholar2 multiple. Kita bukan nostalgik, sekurang-kurangnya kita tahu sedikit
di luar bidang. Tenaga pencerah zaman -
intelektual – ilmuan – academia – menggerak zaman.
Budaya laih. Tenaga pendorong datang
dari ahli politik.
Seharusnya ilmuan – intelektual
berfungsi sebahagian idea boleh manfaat orang politik. Intelektual lebih senag
menjadi pengabsah. Ketaasuban meliputi cendekiawan, bukan pada idea tetapi
orang. Apabila taasub, maka akan jadi wisdom mutlak.
Ruang ketiga seharusnya berupaya
untuk bertanya, sekiranya tidak ada maka pemimpin merasa benar
Ada yang bertanya dengan cara
santun-hemah, option tanya lansung tokoh.
Soalan 4:
Zaman edan, Malek Bennabi,
colonizability. Masharakat tidak perlu dijajah fizikal, terpasung dalam
kerangka ini kita tidak sedar
‘fix solution’ – penyelesaian mudah.
Pemikiran rumusan kemballi kepada akar budaya nusantara. Kita tinggal dalam
aspek positif dalam alam melayu. Kembali kepada Isalam’ masih mendendang slogan
sama. Laih dan malas
Soalan 5: Nadim
Pengalaman 30 tahun, sebahagian
terkembiri atau dipinggir sahabat beza politik, pertarungan kuasa sekitar
80an-90an.
Singapura diperintah, raja. Hang
Nadim seorang budak (10tahun). Menyumbang idea ‘workable’ supaya membuat
benteng batang pisang. Sedangkan cadangan seorang pembesar cadang tahan dengan
betis. Hakikatnya mereka berkuasa. Raja2 terbatas melalui perlembagaan. Orang
baru (neo-feudal) meraih untung. Perlu ada imbangan kuasa yang efektif. Check
and balance dipertahan.
Nadim tak disenangi, malah dihukum
bunuh.
Dimasalkan 50tahun kebelakangan.
Potensi tak diguna sepenuhnya, Ungku Omar, Aminuddin Baki. Diasosiasika dikait
dengan tokoh.
Solan 6: Ruang ke-3, inovasi social
Bukan 3rd force,tidak
cita politik, tidak mementingkan diri, asset pada masharakat.
Wawancara DJ suara2 alternatif dalam
lirik lagu.
‘Cinta’ – satu level memberi
pengertian cinta antara perempuan dan lelaki. Cinta dan masharakat. Cinta pada
tuhan – bagi yang punya keyakinan. Orang berpegalaman malas berfikir. Jangan
tunggu tua.
Soalan 7: titik persamaan gabungan
seniman-budayawan.
Titik persamaan untuk jadi lebih
tulus dan dan ikhlas niat.
Kelompok baru ‘Ziarah Karyawan’,
utama nilai dan silaturrahim.
Generasi 70an tinggal kuah, bukan
ukhuwah – silaturrahim. Terkenal satu masa dulu dan terpinggir. Pencinta damai
yang tak ingin konflik.
Soalan 8: Orang Muda dan Penghasilan
Karya
Saranan – galilah ilmu, bacalah,
bertemanlah dengan orang2 yang kita tidak boleh setuju dengan pegangan
(engagement), bersenttuhan.
Tugas di akademi pengajian Islam
turun di lapangan seperti Jalan Chow Kit. Sekurang-kurangnya jumpa.
Suka cakap dengn kasar, dengan orang
sendiri. Luaskan pergaulan sesame generasi dan yang lebih berumur. Sebahagian
besar boleh bertanya. Budaya malu, rasa taku 80an-90an. Segan-hormat-cium
tangan. Jurang pengalaman.
Idea kesalingan, idea orang baru
tahu, orang lama tak tahu. Hubungan timbal balik. Bersikap terbuka. Gali ilmu,
hidup dalam masharakat, utama nilai kedamaian – ketenangan – kebenaran –
keadilan.
11/4/2015/730pm
Akan datang:
Pencemaran puisi – meletakkan puisi
ditempatnya - Suara seniman-budayawan – introspeksi.
No comments:
Post a Comment