Sunday 5 April 2015

CATATAN KEMBARA ZIARAH KARYAWAN

CATATAN KEMBARA ‘ZIARAH KARYAWAN’ (ZK)
28,29,30 Mac 2015
Dewan Ungku Omar , Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim

Kolokium Pemikiran Pendeta Za'ba: "Tokoh Keintelektualan Peradaban Melayu"

27 mac 2015, Jumaat
Hari ini buat pertama kalinya, saya mula melibatkan diri dengan kumpulan karyawan. Sebaik saja pulang dari 5 hari di Langkawi, perjalanan balik saya terus menghala ke Tanjung Malim untuk sertai program yag kali ini diadakan di  UPSI. Program ‘ZK’ dengan tema ‘Kolokium Pemikiran Pendeta Za’ab; Tokoh KeIntelektualan Melayu. Saya menyertai kumpulan Raja Ahmad Aminullah (merangkap pengerusi ZK), WM Wasif Wan, Ridhuan, Tofan dan Jaka.

Sajak Erti Pendidikan di UPSI

Dahulunya, disini,
di pintu masuk utama, kalian berkumpul, di tengah malam,
membela sahabat kalian, membantah auku,
menuntut keadilan akta.

hari ini,
ditempat yang sama, saya hadir menjunjung martabat bangsa,
menyanjung keilmuan Za'ba.

UPSI, sebuah catatan perjuangan belum selesai
27 mac 2015, 200pm

Pintu utama UPSI (lama). Kolokium diadakan di UPSI baru


Pahlawan Warisan
Salam Mahabbah kuhulurkan, dari hati tulus,
Buat seniman, karyawan, budayawan
Sesungguhnya catatan suara rintih kalian
Amat berrharga sekali, menjadi bukti bakti kalian

Kami anak remaja,
Baru celik mengenal pancaroba
Baru tahu kerenah dunia

Bukanku seorang seniman,
Tapi aku percaya,
Puisi sajak inilah, jadi ingatan zaman
Bakal menyedarkan dunia akan kehaddiran kita

Marilah kawan2, kita sama menyahut,
Menyambut seruan lagenda budaya,
Hadiah khazanah buat kita anak zaman

Terima Kasih Pahlawan Warisan.

27 Mac 2015
1030mlm, Dewan Ungku Omar
Sajak yang saya karang dibacakan pada malam itu


28 Mac, Sabtu

Pagi itu disebabkan terlalu letih, saya tak dapat menghadiri sesi paginya iaitu sesi forum intelektual pemikiran Za’ba. Saya dimaklum pagi itu pembentangan disampaikan oleh Dr. Awang Adnan, pengkaji yang lama menumpukan keilmuan Za’ba di Universiti Malaya. Dan Dr. Che Hamid Mahmood, pengarah dari Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu UPSI. Pembentangan disediakan dengan slide, saya sempat memberi alamat email untuk mendapatkan slide2 yang dibentangkan pada sesi pagi itu.

Tengahharinya saya keluar dengan menaiki bas UPSI. Petang itu pembentangan oleh Dr. Azhar perihal ‘perangai bergantung pada diri sendiri’. Sesi berikutnya Dr. Awang Sariyan dari pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau menghargai usaha menganjurkan kolokium oleh Kumpulan Ziarah Karyawan dan usahasama Institut Peradaban Melayu UPSi, yang mana pengajuran dipengerusikan oleh Raja Ahmad Aminullah termasuk sokongan dari kalangan ahli akademik antaranya Dr. Zaakaria Ali. Turut menjayakan program, Yassin Salleh, Maarof Salleh, Suratman Markasan (Singapura), delegasi singapura (Temasek) dan Indonesia.

Dr. Awang Sariyan mengulas rentetan usaha ziarah karyawan yang dimulakan seccara kecil-kecilan di Janda Baik sehingga kini dikira berjaya mengembangkan usahanya menjadi wacana perdana di UPSI. Dr. Awang Sariyan mengungkapkan betapa kekuatan tradisi persuratan banyak menyumbang kepada peradaban tamadun dunia.

Dr. Awang Sariyan, diiringi oleh Dr. Che Hamid Mahmood

Untuk acara malam, 'Baca Sajak Sampai Subuh'. Program ini pernah berlansung satu masa dulu. ramai yang hadir telah biasa dengan pengalaman kali ketiga, sebelum mulanya di Ulu Legong, kemudian di Janda Baik. Acara malam itu sangat santai, saya juga salah seorang darinya, saya perlu menyiapkan sebuah puisi sajak untuk dibaca pada malam itu. Acara dipengerusikan oleh WM Wasif Wan.

Puisi dimulakan dengan sajak dari pemuisi veteren, pertama telah diberikan kepada pak Azmi, sebagai pengiktirafan kepadanya. beliau membacakan sajak bertajuk 'Aku' oleh Chairil Anwar. Kemudian sajak dibaca oleh pemuisi dari Indonesia. Sdr. Yatiman, Ismail Bennarifin dll.
Puisi orang bertujuh, yang baru diterbitkan penulis Singapura secara berkumpulan, depersembahkan juga pada malam itu.

Puisi Orang Bertujuh
Kemudian diselangi dengan dua buah lagu disampaikan oleh Adi Cakrawala dengan tajuk lagunya 'Sumbangsih'.

Sajak seterusnya disambung oleh pengetua Kolej Ungku Omar. sajak bertajuk Za'ba. kemudian sdr. Maarof Salleh membacakan puisi menelusuri liku2 Ziarah Karyawan.

Pengumuman dari pak Yassin Salleh, ITBM menjemput ZK untuk menghadiri majlis mereka esok.

Sajak seterusnya disambung lagi dengan undian, pemuisi pertama dari DEKMA (Deklamator Sajak Malaysia) membacakan sajak bertajuk 'tsunami'. Seterusnya, dua sajak dari dua pembaca bertajuk 'Palestin'. Wan Iedalofa membacakan sajak untuk diri sendiri, bertajuk 'diri sendiri'.
Diri Sendiri oleh Kak W. Iedalofa,
Lihatlah dahulu diri sendiri, Cerminkan dahulu budi pekerti, Bersihkan dahulu jiwa yang kelam, Susunkan dahulu tutur kata.
Hormatilah dahulu diri sendiri, Ceriakan dahulu minda yang layu, Aturkan dahulu langkahmu, bagi setiap insan memahamimu.

Tiba giliran undian terkena pada pengerusi yang mengacara majlis, WM Wasif Wan. Sajaknya bertajuk 'keinginan' petikan dari 'Puisi Orang Bertujuh' karangan pak Hamid Besih. Kemudian, 2 sajak dibaca oleh Pak Engku bertajuk 'Akukah itu'.   

Baca Sajak sampai Subuh
Sajak Malam Ziarah Karyawan

Malam, 
Sayup2 suara, kumpulan Ziarah Karyawan, memenuhi ruang udara Dewan Ungku Omar,
Malam ini kita mengisi, malam kita dengan puisi sajak, yang pernah didendang dulunya penyair tanah air,

kini,

hayatilah kalian, bait2 yang dilantunkan,
addalah secebis kisah sunyi yang menjentik memori silam,
yang mencoret masa depan

Ayuh anak seni, ayuh bersajak, ayuh berkarya.
2803205
D Ungku Omar, 100pagi
Sajak saya Malam Ziarah Karyawan.

Saya membcakan sajak "Malam Ziarah Karyawan'
Terakhirnya dibacakan oleh 4 orang siswi UPSI. Baca sajak sampai ke penghujung jam 230 pagi. Sebelum bersurai kami berfotografi. Tamat pada 245pagi. Kemudian, selepas selesai acara malam itu, Ziarah Karyawan ke rumah Dr. Zakaria Ali.


29 Mac

Pagi itu diadakan postmoterm, turut sama Dato' Nasarudin Bota, selepas itu kami berfotografi untuk kali yang terakhir. kami bersiap berangkat pulang pada pukul 100 tengahhari.

Dari Kanan: Tofan, Jaka, Ridzuan dan saya. WM Wasif, Engku, P. Yassin Salleh, P.Hamid Besih, 

Perbualan dalam perjalanan balik bersama Pak Ungku, UPSI telah melahirkan nama-nama tersohor, penulis dan pejuang tanah air. Kami singgah di Dewan Aminurrashid.

Malam itu, kami ke program teater 'Kena Main' di Istana Budaya meraikan jemputan ITBM. makan malam di Sany Char Kuey Teuw. Malam itu meriah sekali, ZK meng'hijack' perseembahan jalanan yang ada pada acara malam itu.

No comments:

Post a Comment