Sunday 5 April 2015

MEMAKNAI ILMU

perpustakaan ISTAC
Sedari sebelumnya lagi saya mula ikut mendalami makna dalam kehidupan seorang muslim yang baik, dari situ kita dapat mencari keaslian ilmu dalam pengabdian kepada Allah. Bermula dari menyertai aktiviti bersama kepimpinan pelajar universiti, sehingga bersama terlibat dengan kepimpinan universiti dan negara, sehingga akhirnya memahami faham-faham budaya penjajajahan (colonize) yang berada di dalam benak aliran akademik bersarang di universiti. Dan bagaimana Islam berperanan menghadapi situasi ini.

Saya bermula dengan kertas latihan ilmiah yang lebih kurang begini maksud pemerhatian, Analisis Terhadap Pemikiran Dr. Mahathir Mohamed melalui ‘Dilema Melayu’. Dalam perbahasan ini menyentuh permasalah kesan penjajahan terhadap kepimpinan beliau (Dr. Mahathir). Disini rujukan yang banyak saya gunakan termasuk idea-idea berkait sanggahan ‘kekeliruan teori evolusi’ yang dikembangkan oleh Adnan Okhtar, (nama penanya Harun Yahya). ‘Mitos Peribumi Malas’, ‘Rasuah’, ‘Intelektual Masyarakat Membangun’ yang ketiga2 karya ini dicetuskan oleh Prof. Dr. Syed Hussein Alattas.
Ketika memahami maksud dari idea2 yang dicetuskan Prof. S. Hussein Alattas, saya mengikuti wacana baru yang dikembangkan oleh Dr. Syed farid Alattas bertajuk, Ibnu Khaldun: Makers of Civilization. Wacana alternatif menangani Eurocentrism.

selepas syarahan Ibn Khaldun: makers of Civilization anjuran Peacemeal.
Seterusnya, rujukan penting membahaskan perihal penjajahan dan sekularism dalam Konsep dan Falsafah  Pendidikan, Masalah Kepimpinan dan 'Keruntuhan Adab’ yang dimulakan wacananya oleh YM TS Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Alattas. (pengenalan ringkas, beliau mula mencetuskan masalah pendidikan pada conference di King Abdul Aziz University yang mana beliau salah seorang panel pembentang, beliau dianugerahkan kerusi Ibn Khaldun oleh kerajaan Iran).
Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu adalah antara rujukan penting pensejarahan bagi menyangkal idea teori, konsep dan falsafah yang membincangkan budaya Islam dalam masharakat Melayu.

Saya amat menyanjungi ketinggian prinsip dan keilmuan beliau.
Prinsip Keilmuan YM TS Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Alattas,
-          Masalah keruntuhan ‘Adab’ – menimbulkan penderitaan masharakat muslim masalah ilmu - menyebabkan kepimpinan yang rosak (corrupt leadership)
-          Ilmu adalah kehadiran makna dalam diri, ilmu adalah pentafsiran diri terhadap sesuatu makna.
-          Dalam ‘Historical Fact and Fiction’ beliau menjelaskan peranan penyebaran Islam dijalankan oleh Anak-anak Hadrami: Tarim (Habaib, Syed & Syarifah, Raja & Engku)  
-          Lebih baik menanggung kepayahan daripada menentang pemimpin yang rosak.
-          Keutamaan ‘tasawuf’ dalam menghadapi cabaran sekularim moden.

Jejak Tamadun Islam: menelusuri khazanah ilmu disini dan menghayati budaya intelektual yang diamalkan di Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam (ISTAC). Suasanya tidak seperti awal 1990an. Apa yang dialami oleh pembangunnnya dan seluruh pendirinya masih segar dalam jiwa. Tempias kesannya terasa hingga kini. institut ini meninggalkan pengajaran yang bermakna buat tenaga pendirinya dan seluruh penuntut yang kini berselerak ke merata jabatan. Pengalaman mengajar akan rasa insaf dan sabar dalam menghadapi cabaran getir membangun sebuah peradaban

Saya memulakan penghayatan memahami maksud ilmu apabila saya mengikuti program di International Institute for Advance Islamic Studies (IAIS) saya diperkenalkan melalui sahabat saya Wan Mohd Wasif Wan yang beliau sebelum itu pernah sama-sama dalam satu Simposium anjuran persatuan mahasiswa, beliau mewakili PKPIM dan saya mewakili PMIUM,

[photo, petang 31 Mac 2015]
Di sini, (IAIS) saya banyak mendapat manfaat ilmu, bermula dengan wacana kesusasteraan oleh Nimah Nawwab dari arab Saudi.
Ms. Ni'mah Isma'il Nawwab semasa Syarahan Umum: Wanita dan anak muda di Arab Saudi: Realiti Semasa"
di IAIS, 29 Apr 2014
International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)

International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) merupakan institusi agung yang saya bercita dari awalnya untuk sampai ke sini bagi menyerapi maksud ilmu yang sebenar dalam budaya ilmu Islam. Saya berkesempatan bertandang ke sini apabila berkesempatan menyertai satu seminar bertajuk Islam and Science: And Educational Approach. Untuk menyertai seminar ini peserta perlu menghantar satu kertas kerja yang berkaitan, saya mengemukakan tajuk, "Islamization of Malay-Indonesian Archipelago: An Educational Approach", yang membincangkan keperluan untuk mewacanakan sains dan pensejarahan Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia sebagai medium pendidikan. Semasa mengikuti program saya sempat bertemu dengan Prof. Dr. Sayyid Muhammad Ajmal Abdul Razak Al-Aydrus, penterjemah karya agung ‘Mathnawi’ Jalaluddin Al-Rumi.


Di ISTAC, juga saya mengikuti wacana bersama Dr. Jasser Audah. Perbincangannya mengenai Maqashid Al-Syariah.

Dr. Jasser Auda, 
Saya menyedari hakikat institusi unggul ini sedang mengalami masa2 suramnya. Ini bermula dengan pengunduran pengasas dan pengarahnya YM S.M. Naquib sebagai kepimpinan ISTAC.

No comments:

Post a Comment