Tuesday 28 April 2015

Sekelumit Hikmah Imam Abdullah Ibn Alawi Al-Haddad

"Dahulu orang menuntut ilmu dari semua orang, kini semua orang menuntut ilmunya".

Beliau berpesan:

"Ajaklah orang awam kepada syariat dengan bahasa syariat: ajaklah ahli syariat kepada tarekat (thariqah) dengan bahasa tarekat; ajaklah ahli tarekat kepada hakikat (haqiqah) dengan bahasa hakikat, ajaklah ahli hakikat kepada Al-haq dengan bahasa Al-Haq, dan ajaklah ahlul haq kepada Al-Haq dengan bahasa Al-haq."


Jika kau ingin hidup bahagia sepanjang umurmu dan setelah mati, kuburmu dijadikan taman syurga;
Dan engkau dibangkitkan tatkala tiupan sangkakala dalam keadaan aman dari rasa takut, terancam, terusir dan dari kerugian;
Dan dihadapkan (kepada Allah) dalam kemuliaan dan keagungan, diberi khabar gembira oleh para malaikat dengan kejayaan dan ganjaran pahala;
Dan diberatkan timbangan amalanmu dengan amalan-amalan yang menggembirakan engkau di Padang Mahsyar;
Dan engkau melintasi sepantas kilat titian ash-Shirath, serta meneguk minuman dari telaga Nabi al-Mushtofa yang suci;
Dan hidup kekal dalam syurga-syurga yang tinggi penuh keni’matan, mendapat bahagian untuk dekat dengan Tuhan yang Satu, Maha Esa dan Tunggal;
Dan engkau melihatNya dengan matamu dalam keadaan Dia Maha Suci dari bertempat, dari kaifiyyat, dari had dan batasan;
Maka perelokkan keyakinanmu, kerana sesungguhnya apabila keyakinan telah sempurna, yang ghaib akan nampak nyata tanpa diengkari;
Dan jadikanlah Asy’ariyyah sebagai pegangan i’tiqadmu, kerana sesungguhnya ia adalah sumber minuman yang suci bersih dari penyimpangan dan kekufuran;
Dan telah menyusun Quthubul Imam sandaran kita, ‘aqidahnya yang merupakan penawar bagi segala marabahaya;

Dan orang yang kumaksudkan dengannya itu ialah satu-satunya yang disifatkan dengan gelaran Hujjatul Islam (yakni Imam al-Ghazali رحمه الله ), maka sudah sepatutnya engkau berasa bangga.

http://www.alhaddad.org/blog/?p=212

Qasidah Ahli Nur


Ibuku telah membesarkanku,
Menyerahkanku untuk khidmat ini
Dia menyerahkan Risalah,
Mengamanahkan aku kepada Allah

Katanya "Jangan berdiam, bekerjalah,
Berkhidmatlah kepada iman
Susuku tidak halal jika kau tidak
Berkhidmat kepada al-Quran"

Kami menulis Risalah dan membaca al-Quran
Melalui bantuan Nur kami menjaga iman

Sav, Barla dan Eflani adalah madrasah Nur
Abdul Qadir al-Jailani penolong para muridnya

Kelompok yang mulia dengan kilang Nur dan bunga Mawar
Pena mereka bagai pedang, tulisan mereka kehebatan iman

Tempat yang dikatakan penjara semua telah jadi madrasah
Muda, tua, wanita dan lelaki berlari menuju pengajian ini

Sudah tiga pulu lima tahun ia berjihad lawan kekufuran
dalam sejarah Islam keteguhan ini amat jarang dilihat

Wahai ahli Nur! Wahai ahli Nur! Wahai saudara mulia!
Semoga Allah dan para Rasul sentiasa meredhai kalian...

Friday 17 April 2015

JURANG GENERASI - GENERATION GAP

Pendahuluan: Sejarah

'Islam dan Sekularism' mencatatkan krisis besar melanda masyarakat dari kedua belahan tamadun dunia yang diwakili oleh Islam dan barat. Krisis disebut sebagai 'jurang generasi' berakar sejarah dari panutan ajaran Aritotle tentang kekecewaan hidup manusia (kehampaan-penderitaan) menghadapi kehidupan melalui bayangan 'tragedi'. Kecurangan ini mengakibatkan bencana besar melanda semua institusi dari pendidikan, agama, politik, ekonomi, sosial dan semua bidang kehidupan manusia. Krisis ini akhirnya menimbulkan dilema atau kemelut peradaban. Tugas cendekiawan muslim adalah saranan terhadap kaum intelektual masyarakat membangun peradaban.
Tugas Cendekiawan Muslim oleh Dr. Ali Shariati
alih bahasa Dr M Amied Rais
Pendidikan

Amalan pendidikan dunia moden kini sering dikaitkan dengan masalah 'dualism' berkait rapat dengan amalan pendidikan sekular. Istilah bagi memperihalkan masalah ini adalah 'pembaratan ilmu'-westernisasi ilmu. Pascakolonial kini disebut dengan dewesternisasi. Ilmu yang datang dari barat bersifat 'tidak neutral' - (loss of integriti) - bias mengamalkan praktik dualism - pemisahan terhadap ilmu2 asas. Bagi menghadapi tanggungjawab ini dalam merujuk amalan asal-usul ilmu kini maka budaya amalan ilmu Islam mengemukakan konsep 'Islamisasi ilmu' - Islamization of Knowledge.

Pendidikan Islam

Pendidikan sekular dalam amalan kaum muslimin meliputi aspek:

1. Pemisahan asas ilmu fardhu 'ain iaitu amalan asas dalam faham Islam. Dan pemisahan ilmu fardhu kifayah.

2. Amalan konsep pendidikan sekular melalui dualism ilmu. Termasuk dalam hal ini juga adalah praktik 'tarbiyah' yang sebenarnya bercitra sekular yang bertentang dengan amalan pendidikan Islam.

3. Al-Quran harus dilihat bukan semata-mata sebagai Kitab Suci yang hanya dibaca dengan tertib, sebagaimana dikehendaki al-Quran - sebagai sumber ilmu pendidikan Islam menuntut kepada pengkajian teliti mengenai ayat2 tertentu yang terkandung dalam 'Kitab suci' al-Qur'an yang menjadi dasar peradabannya. (rujuk Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu m/s 69)


Cabaran Kepalsuan

Kerosakan institusi ilmu (corruption of knowledge) menimbulkan kemusnahan seluruh institusi termasuk:

1. Pemimpin yang dipilih dari kalangan mereka yang mengambil bulat2 pengetahuan barat dan mengamalkan fahamnya. Termasuk masuk campur individu tertentu dalam hal yang bukan urusannya.

2. Intelektual yang terputus dari ilmu2 Islam.3

3. Penggunaan bahasa yang tepat memberi kesan terhadap perkembangan ilmu dan budaya.
"..masalah penciptaan wanita dari tulang rusuk lelaki, sebagaimana diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Persi. Tetapi "rusuk" merupakan terjemahan yang tidak tepat dalam bahasa Arab dan Persi. Dalam naskah-naskah kitab suci dari dua bahasa itu kata ini bermakna "hakekat" atau "esensi", bukan rusuk dalam arti literal. (Tugas Cendekiawan Muslim, mukasurat 10)

4. Ilmu dan makna (simbolik) 
"..satu hal tentang penciptaan manusia ialah bahwa hanya manusia sajalah, diantara seluruh makhluk dan gejala yang ada di alam semesta, yang mampu menjadi pemegang Amanat Tuhan. Ketika Tuhan menawarkan kepada seluruh makhlukNya - langit dan bumi, gunung-gunung, lautan dan sungai-sungai, fauna dan flora, dan semua fenomena di jagat raya - apakah di antara mereka ada yang sanggup mengemban Amanat Tuhan , maka sekali lagi manusia sajalah yang secara  sukarela menerima Amanat Tuhan, penjaga karuniaNya yang paling berharga, maka terbuktilah bahwa manusia dianugerahi keberanian dan keutamaan serta kebijakan di alam semesta. Demikianlah manusia bukan sekadar khalifah Tuhan di bumi ini, melainkan juga pemegang AmanatNya. Namun apakah erti Amanat ini? Setiap orang dapat memberikan tafsirannya. Maulana Jalal al-Din Rumi mengatakan bahwa Amanat itu bererti kehendak bebas manusia, dan ini juga saya terima. (Tugas Cendekiawan Muslim, mukasurat 11)
  
Pengajaran Kisah. 

Pada suatu hari, seorang Muslim yang jahil yang amat tertarik dengan Barat membuat kunjungan ke sana. Dia mendengar pelbagai kisah kehebatan Barat dan pencapaian mereka, maka adalah munasabah untuknya membuat lawatan ke bahagian dunia tersebut. Kunjungannya dimulai dengan melawat Jambatan Pintu Emas di San Francisco. Sebaik tiba di San Francisco, dia segera ke jambatan tersebut, untuk meninjau kehebatan binaan dan kecanggihan reka bentuk jambatan. Dia terpegun merenungi kerumitan hasil kerja mereka yang membangunkan jambatan itu. Keasyikannya memerhatikan jambatan tersebut, dan mengagumi binaan dan hasil kerjanya menyebabkan dia tidak menyedari kehadiran seseorang yang dari tadi telah membuat pemerhatian terhadapnya. Pemerhati di sebelahnya itu adalah seorang warga tempatan, yang rupa-rupanya seorang yang sering melakukan penyamaran dan penipuan terhadap pelancong dan orang asing yang tiba ke daerah tersebut. Maka dia kini bertemu seorang lagi mangsanya. Tanpa membuang masa, si penyamar mendekati si jahil dan memulakan perbualan. Si penyamar memperkenalkan dirinya sebagai polis pelancong. Dalam tempoh yang singkat, perbualan mereka semakin menyerlahkan kejahilan pelancong Muslim tadi terhadap Barat. Si penyamar bertanya kepada si jahil: "Apa yang anda lakukan di sini?" Si Jahil menjawab: "Saya sedang mengagumi pemandangan indah ini." Dengan segera si penyamar meningkah: "Aah! Tahukah anda bahawa tiada yang percuma di negara kami? Meskipun kami percaya kepada Tuhan, namun segala yang lain perlu dibayar tunai hatta pemandangan yang sedang anda nikmati. Tapi, oleh kerana ini kesalahan pertama anda, maka saya sudi memaafkan." Begitu yakin sekali kata- kata si penyamar, mengundang penghargaan dan ucapan terima kasih daripada si jahil. Menyedari jeratnya sudah mengena, si penyamar bertanyakan: "Apakah sebenarnya yang amat menarik perhatian anda?" "Saya sedang mengagumi Jambatan Pintu Emas yang masyhur itu, terpegun dengan binaannya, dan menghitung bilangan bangau yang terbang melangkauinya," jawab si jahil itu dengan jujur. "Aha! Saya bersedia memaafkan kesalahan anda menikmati pemandangan tanpa bayaran, tetapi tidak untuk perbuatan menghitung bangau. Sudah saya jelaskan, bahawa tiada yang percuma di negara kami, maka anda perlulah membayar perbuatan tersebut. Err, berapa ekor bangaukah yang telah anda hitung?" si penyamar melanjutkan tipu dayanya. Kali ini, si jahil mulai merasai sesuatu yang tidak kena. Setelah berfikir seketika, si jahil menjawab, "dua puluh ekor bangau." Dengan tersenyum lebar, si penyamar segera menuntut bayaran sebanyak lima dolar untuk setiap ekor bangau. Setelah berlaku sedikit pertelingkahan, si jahil akhirnya akur dan membayar seratus dolar kepada si penyamar. Peristiwa di jambatan tersebut, berulangkali bermain di benak si jahil sepanjang perjalanan pulangnya. Dia terfikir betapa hebatnya negara barat dan warga mereka, kerana setiap perkara mempunyai nilai pasaran dan perniagaan. Sebaik tiba di tanah airnya, si jahil segera menceritakan pengalaman barunya itu, dan pengajaran yang diperolehnya kepada rakan-rakannya. Kata si jahil: "Orang barat amat cerdik, tetapi saya lebih pintar lagi, kerana semasa polis itu bertanya berapakah bilangan bangau, saya telah menipu dengan hanya mengatakan dua puluh ekor, sedangkan bilangan sebenarnya adalah lebih daripada seratus!"
Kisah ini mengajar tiga perkara. Pertama, lelaki Muslim tersebut benar-benar jahil; kedua, kerana kejahilannya maka dia mudah diperdayakan; dan ketiga, oleh kerana kejahilan dan mudahnya mempercayai orang lain, dia menjadi amat lalai atas kejahilan dan kesalahannya, sehingga jika ada yang menegur dan cuba membetulkan keadaan, dia tidak mahu mengakui kejahilan dirinya. 

Kisah ini menjadi pengajaran kita tiga perkara;
1. Cabaran dunia materialism - moden
2. Menafikan cabaran dunia
3. Tidak sedar dengan kebodohan dan upaya diri dengan penipuan


Penyelesaian

1. Pemahaman pengertian yang tidak mengelirukan terhadap praktik ilmu Islam.
2. Makna kehidupan melalui faham makna kebahagiaan dan pengalamannya dalam Islam
3. Klasifikasi ilmu. Keahlian dalam bidang2 utama. Cth: Ibn Khaldun: Sumbangan dalam Pembentukan Tamadun (Ibn Khaldun Makers of Civilization)
Ibn Khaldun: Makers of Civilization by Dr. Syed Farid Alatas

4. Faham dengan sebab-akibat keruntuhan institusi ilmu yang dikesankan sekular (western) dan pengaruh penjajahan. (Decolonising Universities - SYed Farid Alatas)

5. Proses perkembangan amalan pendidikan Islam di peringkat universiti ke bawah, dan bukan dari peringkat sekolah ke atas. Berikut adalah carta aliran proses: [Tradisi Intelektual Barat + Ideologi Humanism Sekular] -> [(Islamization of Knowledge)] -> [Universiti (Perpustakaan)] -> [Bahasa(Kesusasteraan) + Sejarah Dunia Islam] + [Hubungan Antara-tamadun + Faham2 Agama] = [Universiti Islam(Pemikiran Islam) + Pandangan Islam] (rujuk Konsep Pendidikan Dalam Islam)


1. Rujuk karya Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimindalam Masalah Jurang Generasi dan Krisi Identiti mukasurat 92 - 95 perenggan 32.
2. 'Tugas Cendekiawan Muslim' adalah sebuah anjuran dari kuliah2 Dr. Ali Shariati berjudulMan and Islam terjemah Parsi-Inggeris. Edisi terjemahan oleh Dr. Amien Rais
3. Intelektual yang berpadangan alam Islam antaranya Hamzah Fansuri - Jalaluddin Rumi.
Tafsir Puisi Hamzah Fansuri Dan Karya-Karya Shufi oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah

Thursday 16 April 2015

YOUTH'S PROBLEM - Syakh Ibn Saleh 'Uthaymeen


Youth's Problem - Syakh Muhammad Ibn Salih Al-'Uthaymeen
Seruan Pertahan Jati Diri Bangsa

Anjuran ini dapat diperhatikan juga dalam tulisan TS Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Alattas dalam karya pentingnya, Islam, Secularism and the Philosophy of the Future, 1985. Manakala Prof. Seyyed Hossein Nasr dalam tulisannya bertajuk Panduan Anak Muda Islam untuk Dunia Moden pada tahun 1994. Dalam tahun2 1950an anjuran ini telah mula menyebar ke seluruh daerah sebagai ‘amaran’ cabaran penjajahan dan modernisasi.
A Young Muslim's Guide to the Modern World
by Seyyed Hossein Nasr
Anak Muda Generasi Baru

Percaya atau tidak, kita wajar memberi perhatian serius terhadap perkara ini. Tak kira betapa beria kita berbicara memperjuang aliran2 politik dan mempertahan madzhab masing2, kemunculan perbicangan isu yang real dan menepati citra masharakat tentunya masih belum cukup memuaskan penyampaiannya kepada kalangan penuntut dan pengajaran di bidang2 pengajian kita.

Ruang ketiga seperti yang disebutkan Dato' Saifuddin Abdullah dan Raja Ahmad Aminullah adalah ruang yang diisi oleh khalayak baru. Menurut Dato' Saifuddin Abdullah mereka terdiri dari kumpulan jaringan anak muda, kelas pencerahan, universiti terbuka anak muda, sekolah pemikiran al-Syatibi, buku jalanan dan banyak lagi. Raja Ahmad Aminullah menanggap  mereka ini sebagai generasi baru yang mencerahkan, rausyanfikir yang bebas dari kepentingan peribadi. (http://citasempurna.blogspot.com/2015/04/minda-tertawan-intelektualrausyanfikir.html)
'Sakitnya tuh di sini', di Rumah Fikir. Bersama Imam Muda Ashraf, Dato' Saifuddin Abdullah, Wan Saiful Wan Jan (IDEAS)
Sajak yang dinukilkan buku Minda Tertawan dalam tajuk pertama - Ruang Ketiga 

Ruang Ketiga Pencetus Perubahan

Syakh 'Uthaymeen yang menjadi rujukan dalam hadith dan sunnah juga sekarang mula dikembangkan wacana pembicaraannya dalam hal-ehwal ideologi dan sosiologi.
Perhatian yang diberikan oleh Syakh Salih al-‘Uthaymeen ini bukanlah baru, unjuran ini telahpun dilancarkan jauh lebih awal dari itu.

Dalam  tahun2 di masa merebaknya perpecahan kepimpinan bangsa muslim, suasana kekacauan yang belum reda ini dilemahkan lagi dengan perselisihan faham kalangan kaum muda dan kaum tua. Ini berlaku ke semua daerah2 samaada di Turki atau di Tanah Melayu justeru adalah akibat dari besarnya serangan yang menimpa bangsa2 muslim dan betapa cuainya bangsa muslim ketika itu. Hiruk-pikuknya ditambah lagi dengan kepincangan dari anak bangsa sendiri mendendangkan semula semangat yang didakyahkan penjajah melalui idea2 moden.

Dalam situasi ini muncul kumpulan penyatu dalam kalangan anak watan mengatasnamakan semangat nasionalism-kebangsaan muslim. Mereka mengisi ruang ketiga.

Di Turki, Badiuzzaman Said Nursi menyampaikan mesejnya melalui Risalah Nur.
Tuntutan Generasi Muda: Dari Koleksi Risalah Nur oleh Badiuzzaman Said Nursi
Menyahut Seruan

Sesungguhnya anjuran seumpama ini hendaklah disambut segera dari semua lapisan kepimpinan, cendekia, ilmuan, budayawan dan anak muda dari semua belahan dunia muslim di seluruh dunia bagi mengembalikan maruah dan kedaulatan bangsa muslim yang dihinakan semahunya itu.



Ringkasan Buku:

In this unique and lucid booklet and revered contemporary scholar, Shaykh Muhammad al-'uthamyeen addresses some of the ideological and sociological challenges faced by modern youth. Starting with an astute description of the state of contemporary young adults, he outlines major issues hindering their progress on the straight path of Islam. He not only covers current issues such as joblessness, estrangement between the young and their elders, and keeping good company but also discusses subjects predestination and the limits Islam places on individuals. In all instances al-'uthamyeen draws on the Quran and the authentic Sunnah to offer tangible solutions and to inspire the hearts of young people. The simplicity and straight forwardness of this work make even complicated issues easy to grasp. The wise advice the author offers is not only well presented but practical and compassionate. This book will benefit not only the young of the society but their parents and educators as well.

Wednesday 15 April 2015

SIMPOSIUM PENGETAHUAN PERIBUMI - EPISTEMOLOGI ILMU MELAYU





Saya berkesempatan hadir ke acara Simposium Pengetahuan Peribumi Melayu-Epistemologi Ilmu Melayu yang diadakan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada 15 April 2015 yang lalu. Kata-kata aluan disampaikan oleh Dato' Yaakob Harun.

Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh memulakan siri pembentangannya berkaitan 'Falsafah Melayu' bertajuk ‘In Search of a Malay (Ethno) Philosophy’ sekitar Adat Muda Menanggung Rindu,  Adat Tua Menahan Ragam. Takrif Falsafah Melayu  logika dan tatacara dari pandangan barat, pandangan hidup dan seluruh pemikirannya – logika perasaan dan menjaga keamanan. (in term of western worldview).
Menurut pandangan pengkaji Inggeris antara lain termasuk Winstead dalam Malay Magician, Willanson dalam Malay Papers, Skeat dalam Malay magic, Gimlette dalam Malay Medicine. Dari mata yang biru mereka Nampak kelainan yang jelas – Melayu dari ciri2nya, pandangan mereka mungkin tajam dan mungkin prejudis.
Rujukan dari Perancis termasuk Dr. Laurent Metzger dalam Nilai Melayu dari Sudut Pandang orang luar, dan Henri Fauconnier dalam Malaisie 1931 – The Soul of Malaysia. SUdut pandangan dan pendekatan yang komperatif – manusia alam yang bertindak mengikut perubahan alam, prejudis dari Inggeris dan appreciative English.


Pengkaji Melayu dalam 'Falsafah Kebangsaan Melayu' oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi, Kosmologi Melayu ( ) dan orang asli, persepsi Melayu terhadap Masa oleh Asmah Hj Omar. Pancaran Hidup Orang Melayu, Pandacaran Sastera oleh Muhammad Haji Salleh. Buku Psikologi Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur dan Malay Reasoning.


Elements of Filipino Philosophy
Residual Reality : Sisa Kelisanan
Nilai2 perkongsian, bertolak ansur, sumbangan, budibahasa, rasa malu ; tegur sapa, peka. Culture of shame (malay) – culture of guilt (western). Conflict Resolutions in malay society and crucial. Undang2 Laut - Melaka mempunyai nilai kreatif dan imaginatif bukan dalam konteks perindustrian, tapi dari segi persekitan kampong.
Etika dan prinsip hidup yang bermoral dan tidak bermoral melalui rasa malu, harga diri dan tanggungjawab diri. Kepercayaan kepada agama dengan nilai2 dan etika.
Alam membentuk dan memberi rentak kepada pekerjaan masyarakat, tapi disalaherti orang Melayu sebagai malas, tak bekerja – rentak membentuk orang Melayu dan falsafah hidupnya.
Falsafah alam
Persekitaran membina konsep air, api tanah dan hidup melayu dan angina membantu orang faham tentang alam seperti istilah tanah air melayu berbeza dengan istilah yang digunakan barat sebagai ‘mothersand’ ini termasuk dalam cara memperkenalkan konsep dan elemen dalam Negara.

Persepsi terhadap makhluk bernyawa dari perspektif Melayu, India dan Arab, menurut Skeat bertujuan mendapatkan cerita tentang pelindung atau bomoh. Rujuk masyarakat aslian – langit lapis, semua lapisan dijaga oleh Siti Hanum (pandangan barat).


Melonjak Peradaban Gagasan Idea
1.       Manusia dan nyanyian
2.      Hairan (perloi)
3.      Bulan dan syurga (mengkah sagar)
4.      Tempat matahari tinggal (
Singravelu (YH) Kosmologi melayu dan unsur2 Hindu tempat dewa tinggal Mahameru dan Bukit Seguntang.
Bumi duduk atas tanduk lembu bergoyang bermaksud gempa bumi
Melayu iktiraf alam makhluk tuhan seluruhnya, ruang hidup dikongsi bersama dengan nilai hormat dan saling fikirkan berdasarkan nilai hormat menghormati contohnya mengambil sebahagian hutan untuk buat rumah. Tidak rakus kerana menghormati alam. Sesuatu ada haknya, tak boleh ambil sesuak hati, kepentingan snya, rohnya dan semangat.
Contoh, Hikayat Inderaputera bersumpah tak bunuh binatang, kerana binatang juga menderita kehilangan ibu dan menanggung kesusahan.
Konsep beruang dan waktu
Mendasari kehidupan, waktu mengalir juga dalam dirinya dan luar. Dalam cerita dan masalah waktu silam, sekarang dan msa depan. Waktu dalaman puberty, memikir waktu timur barat dan peralihan masa.   




Seni Bina Alam Melayu 
oleh Dr. Wan Salleh Wan Ibrahim

1. Dunia Melayu diperumpamakan sebagai 'Garden of Eden' dan 'Makarion Nesos - Pulau', juga digelarkan dengan 'Atlantis dan 'Suvarnabhumi' iaitu bumi yang banyak galian. Ini terbukti dari Lembah Kinta, Perak D. Ridzuan.

2. Misteri dalam kalangan sarjana Eropah (orientalis) apabila tidak dapat merungkai bagaimana untuk mengkelaskan tamadun Melayu. [mystify among european is do not know how to classify]. Sarjana Eropah merujuk Melayu dari Yunan (Autronesia). [An European classify the Malay from Yunan means, Autronesia].
3. Dunia Pensejarahan - mengenalpasti zon tropika (ex; middle-eastern) meruupakan zon kehidupan mempunyai spiritual signifikan - menjadi asas pusat tamadun manusia pertama.  
4. Nabi Adam as diturunkan di Sri Lanka (alighted-drop-downgraded here) dan keturunan Adam as (Platform Sunda) merupakan Tamadun terawal sebelum Tamadun Atlantis zaman Nabi Nuh as (Noh Gilgamesh) merupakan tamadun Asala yang dikatakan orang Hindu. Konsep 'Atlantis' bagi tujuan menerokai ini, bukan European Region. 
5. Misteri technografi alam melayu, Etnografi Alam Melayu,  Fenotaip; iaitu rupa paras dan bahasa, Genotaip iaitu jenis mitochonchrial dna.
6. Sarawak dan Sabah - usul Yunan. (Sabah - Yunan - Atlantis - The Lost World - Maliau Basin)
7. Ilmu etnografi : ilmu2 untuk kenal pel tanggapan dan epistemologi barat.
8. Zaman ‘age of discovery - high civilizations.
9. World based on biblical reference :
i.                 Garden of Eden
ii.                Makarson nesos ( a blessful nusa)
iii.               Atlantis
iv.               Suvanabhumi (India)
10. Konsep peribadi melayu adalah misteri tidak boleh dikenali identity dari mana, berbeza dengan yang lain. Budaya megalistik (batu besar) Sunda, Heliosentrik (matahari) – Poseidon (Dewa Laut) mengikut Ariyo Santos contoh Nabi Sulaiman guna jinn.
Rumah Melayu Austronesia dicipta ikut suasan dan iklim setempat.  

Ulasan Personal :

1. Dalam hal ini rujukan2 lain yang amat penting termasuk The Golden Chersonese : The Malay Peninsula dan Ptolemy's world Map.
2. Sejauhmana wajar penghargaan terhadap adat kebudayaan di Indonesia seperti Misteri dan Falsafah Islam Kejawen, Hindu-Jawa [sebagai anjuran dari Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Alattas dalam Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu mukasurat 65. (Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, bidang pengkajiannya harus meliputi peninjauan pengertian falsafah serta agama2 Hindu dan Buddha, dengan tujuan menilai setakat mana penghargaan patut dirumuskan terhadap kesan2 kepercayaan serta pemikirannya dalam kehidupan Melayu Lama. Sejarah bahasa dan kesusasteraan Sanskrit harus diketahui, termasuk juga unsur2 lain kebudayaan Hindu-Buddha seperti kesenian dan adat2 istiadat serta sistim pemerintahan yang merupakan suasana kehidupan India. Bagi mencapai kefahaman yang sempurna untuk menghasilkan tujuan ini, Institut ini harus menyelenggarakan pengajaran bahasa Sanskrit).]
3. Kisah mengenai manusia adalah kisah mengenai para nabi. [History of mankind ideal history of prophet]. Bermaksud kedudukan para nabi diletakkan di tempat paling utama dalam sejarah. Sebagai contoh Nabi Adam as diturunkan di Sri Lanka dan Tamadun Terawal merujuk pada Sunda (Sundaland). 
Ulasan :
i. Prophets as far as we know—as reported in the Qur’an, Bible—they all seemed to be coming from that region.
ii. The City of the Prophet became the Place where true din was enacted 
iii. Anyman can create History, but only great man write History
Penghormatan terhadap Nabi Adam as adalah wajar dengan mengiktiraf dan meraikan penciptaan semula tamadun baru atau sekarang digelar sebagai 'Atlantis' - the Garden of Eden. Begitu juga dengan Kaa'bah di Arab Saudi bagi menghormati perjuangan Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as. dan daerah2 lain berkait Nuh as,  Saleh as, Yunus as, Yusuf as, Yaakub, Harun, Yahya as, Musa as, Zakaria dan Isa as, berlatarkan daerah2 sekitar Eden, Yaman, Rom, Parsi, Iran, Iraq.

Perubatan traditional
Ilmu Perubatan, Ilmu Ramalan, Ilmu Perkasihan
oleh Dr. harun Mat Piah

Korpus Ilmu tradisional (Prof. Muhd)
-         perubatan
-         ramalan
-         perkasihan
-         bahasa
-         hisab
-         pertanian
-         bedil/senapang
-         pertukangan
-         kesenian
-         penulisan

2. ilmu ramalan diterapkan dalam ilmu perubatan seperti ta’bir mimpi, ilmu raksi, rejang ketika rejang 30hb









Forum, Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh, Dato' Dr. Hashim Awang





15Apr,500pm: Bersama Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh, En. Nuwairi Hj. Khaza'ai, Dato' Dr. Hashim Awang, Prof. Emeritus Dato' Dr. Wan Rafaie Abdul Rahman, Bilik Seminar Teratai Akademi Pengajian Melayu

Monday 13 April 2015

MEMBANGUN PERADABAN MELAYU ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim
Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum (kepada) bathil sehingga mereka sendiri mengubahnya. Surah al-Ra'd ayat 11.


Pengalaman Bangsa Berdaulat

Sejarah menukilkan peri sikap umat selepas nabi Ibrahim a.s, apabila mereka memilih jalan lain dari ajaran asal kepada kesesatan dan penyelewengan. Kaabah rumah ibadah yang asalnya telah dibangunkan sendiri oleh nabi Ibrahim bersama anaknya nabi Isma’il a.s bertukar menjadi sarang kemunkaran, ma’shiat dan keganasan. Sebahagian mereka yang memegang tampuk pimpinan ketika itu mengambil kesempatan melalui penguasaan terhadap pakar2 mereka dari segenap bidang seni bahasa dan sastera(melalui puisi dan sajak), sejarah budaya, hubungan antara-kaum, hubungan diplomatik antarabangsa dan arkitek2 bekerjasama menggerakkan usaha menjadikan Mekah sebagai tempat mendirikan berhala2 ciptaan mereka disekeliling ka’abah untuk disembah (disamping memonopoli perniagaan) oleh kaum mereka termasuk pengunjung yang datang berziarah dan berniaga. Akibatnya, penduduk Mekah hidup dalam keadaan ditindas dan dizalimi oleh manipulasi, penyangak, penipuan dan korupsi(rasuah) yang dimaharajalelai oleh segolongan yang bathil (bernafsu serakah). Nabi Muhammad s.a.w. utusan Allah s.w.t, memulakan perintah melaksanakan tugas memurnikan ajaran kepada asal sebagaimana sedari awalnya yang diajarkan oleh nabi Ibrahim a.s, membebaskan penyembah2 berhala dari belenggu perhambaan dan mengembalikan penduduk Mekah kepada ketinggian perintah Allah, adab (pendidikan), ilmu, ke‘adilan, hikmah dan kebahagiaan.

Asal Usul Sejarah Islam Di Alam Melayu

Sejarah berulang, peristiwa kali ini menimpa pula keatas daerah kedaulatan kita kepulauan Melayu-Indonesia. Pada awalnya daerah berdaulat ini merupakan satu mercu tanda sebuah Bandar tamadun Islam yang unggul dunia pada abad ke 7M, iaitu pada zaman Nabi Muhammad s.a.w masih hidup. (rujuk Prof. Dr. Wan Hussein Azmi (UKM), Islam di Malaysia: Kedatangan dan Perkembangan Abad 7 - 20M). Apabila dijajah melalui segenap segi kekuatan, masyarakat termasuk kalangan Melayu (termasuk jawa), Cina dan India yang cenderung kepada pengaruh ajaran dan ajakan yang dibawakan dalam misi penjajahan tersebut, membelenggu diri mereka tertawan dalam arus kesesatan, kezaliman, penindasan, perampasan hak yang dilakukan oleh pemimpin2 dari kalangan mereka sendiri, akibat dari ajaran2 dan kesan yang ditinggalkan oleh penjajah.  Merenung gemerlapan keindahan tamadun Islam yang kemilau cahayanya pernah berkisar di daerah2 ini satu ketika dahulu justeru melahirkan rasa insaf kita akan apa yang kini melanda di daerah2 kedaulatan kita. (rujuk Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972), Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu).

Syed Muhammad Naquib Alattas, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1972
Termasuk apa yang sedang menimpa saudara2 kita dari semua sudut pelusuk dunia. (rujuk Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Alatas (ISTAC), dan  Islam and Secularism (1978) dan Risalah Untuk Kaum Muslimin).

Islam and Secularism, 1978

Anjuran dari Perintah Wahyu.

Rencana ‘mengembalikan kemuliaan dan kedaulatan’ kita perlu diusahakan segera tanpa tangguh. Misi ‘menggali khazanah dan memunculkan usaha’ yang pernah dilancarkan oleh pemimpin, ilmuan, cendekiawan, sejarawan, budayawan, seniman termasuk arkitek2 perlu dihalakan kearah satu tujuan yang justeru menjurus kepada pelaksanaan ini seharusnya dizahirkan. Berpandukan kepada proses pembentukan Negara berdaulat di zaman Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang telah kita semua sedia maklum, maka teknik penubuhan itu hendaklah secara tabi‘i merujuk kepada kedudukan bahasa, bangsa dan kebudayaan dalam sesebuah Negara, bukan dengan apa yang pernah dilancarkan oleh seangkatan pemuda umno malaysia dalam misi mereka menggerakkan revolusi mental pada tahun2 70an dan 80an.(rujuk Syed Hussein Alatas, Intelektual Masyarakat Membangun dan Bab 2: Kaum Intelektual dan Fungsinya, mukasurat 23)  Oleh itu, maka titik permulaannya ialah dari bentuk rupa yang sebenarnya kedudukan bangsa dan budaya dalam Negara hari ini yang tentunya berhajat kepada satu usaha yang khusus pengkajian terhadap sejarah terlebih dahulu.

Intelektual Masyarakat Membangun
Berpedomankan ayat 11 dari surah al-Ra’d,  maka saranan untuk kita melangkah berusaha untuk mengembalikan keadaan pada tempatnya sebagaimana asalnya. Saranan dilancarkan menerusi anjuran2 seperti mengiktiraf dari kalangan kita peranan ilmuan yang telah memberikan sumbanganya yang berharga di zaman tersebut .

Demi memulakan usaha ini, antara karya yang dianjurkan perlu diusahakan fahamnya termasuk,1. ‘Aqaid al-Nasafi oleh Nuruddin al-Raniri. [rujuk Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud dan Prof. Dr. Khalif Mu‘ammar, Pusat Pengajian Sains dan Tamadun Islam (Casis, UTM)].2. Hujjat al-Siddiq (Kenyataan yang Benar) oleh Nuruddin al-Raniri.3. Lata’if al-Asrar li Ahl Allah al-Atyar oleh  Nuruddin al-Raniri. [rujuk Dr. Muhammad Zainiy Uthman, Pusat Pengajian Sains dan Tamadun Islam (Casis, UTM)].4. Asrar al-‘Arifin (Rahsia orang2 Bijaksana) oleh Hamzah Fansuri. 5. Insan al-Kamil (Kesempurnaan Insan) oleh Hamzah Fansuri. (Perpustakaan Negara Malaysia)[rujuk Mysticism of Hamzah Fansuri oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas]. 6. Al-Iqtishod fi Al-'itiqad (Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah).

Membangun Sebuah Peradaban

Dengan cara ini panduan yang kita temukan bakal meletakkan kita semula pada kemuliaan insan dan menjunjung tinggi kedaulatan kita sepertimana yang pernah kita kecapi satu masa dahulu dalam masa-masa keagungan Islam di daerah kepulauan Melayu-Indonesia kita ini. Akhirnya memetik satu kenyataan dari buku ‘Minda tertawan’ karangan Raja Ahmad Aminullah menyebut perihal peranan intelektual sebagai berikut;Sepatutnya intelektual yang dikooptasi atau dirangkul harus berusaha untuk membebaskan dirinya daripada apa yang disebut Edward Said sebagai “the poisonous embrace”. Mereka seharusnya melakukan pembaikan dari dalam sistem kerana mereka memiliki jalan tersebut. Tugas inilah yang disebutkan Almarhum Muhammad Natsir sebagai tanggungjawab golongan ulil-albab (istilah yang terdapat dalam al-Quran yang diterjemahkan sebagai orang berakal atau orang-orang yang mempunyai fikiran). Menurut Dr. Ali Shariati pula, intelektual tersohor Farsi abad ke-20, golongan yang disebutnya sebagai rausyanfikir (istilah Farsi yang bermaksud “pemikir yang mencerahkan”) ataupun intelektual harus ke depan dengan berani untuk menentang ketempangan-ketempangan ataupun kekurangan-kekurangan zamannya. Menurutnya “mereka harus mencari cita-cita bersama, menciptakan cinta dan iman yang bernyala dalam jantung masyarakat tradisional yang korup dan beku”. [Raja Ahmad Aminullah, Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa dalam Aku Janji, Janji Aku? Mukasurat 45].


* Artikel ini ditulis bersempena ‘Seminar on Global Issues: Extremism among the Muslims in Contemporary Times: Dimensions and Manifestations’ yang diadakan di Pusat Pengajian Sains dan Tamadun Islam (Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation), Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur pada Sabtu 14 Jun 2014/ 16 Syaaban 1435H.

HIKMAH YANG TERSIRAT - Tribut untuk Nafastari


Nama Blog ‘HIKMAH YANG TERSIRAT’ merupakan cetusan dari ilham bagi mengenang penulis buku Hikmah Yang Tersirat (http://mawarnafastari.blogspot.com/). Walaupun tidak pernah mengenali beliau, namun saya memberi penuh penghormatan dan amat menghargai catatan diarinya.

Catatan ini membantu saya berkongsi cerita ramai lepasan penuntut dari Darul 'Uloom, samada lulusan Karachi, Lahore dan Islamabad. Sekarang ramai penuntut postgraduate dan phd dari Pakistan menyambung pengajiannya di Malaysia. Saya juga pernah 2 kali singgah Masjid Pakistan di Kuala Lumpur dan beberapa kali singgah di restoran 'roti nan' Pakistan.

Ada sedikit sentuhan bagi memikat mahasiswa Pakistan di Malaysia iaitu apabila memetik rangkap Sir Muhammad Iqbal, 'Lab pe ati hai dua ban kay tamana mere', saya bacakan rangkap lagu ini sewaktu pertemuaan dengan Muhammad Uthman Ara, penuntut Phd di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Selain itu, memang orang pakistan dengan roti 'nan' mereka tidak dapat dipisahkan.

Antara mereka yang berlatarbelakang pendidikan dari Pakistan termasuk Allaryarham TG DB Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ust. Haslin (Bollywood), Sdr. Wan Ji Wan Hussin (al-Bakistani).


Sedikit ringkasan penulis. Penulis Wan Ahmad Fadzil bin Wan Mohd atau nama penanyanya Nafastari merupakan seorang pegawai diplomatik yang bertugas di kedutaan Malaysia di Pakistan pada 2009. Dilahirkan di Setiu, Terengganu pada 24 September 1982 dan meninggal dunia pada 1 Mac 2011 sekembalinya ke tanah air. Berkelulusan dalam bidang undang-undang (2000-2001) dari Pusat Matrikulasi UIAM sebelum melanjutkan pengajian di UIAM Gombak (2001 – 2005). Beliau turut menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Kerajaan Persekutuan pada Disember 2005.

Memetik sajak dari sahabat saya, menyedarkan bahawa besarnya catatan diari seumpama ini. Sajak bertajuk 'Kembara'..

Kembaralah..

Bumi yang dicipta luas,
Bukan untuk insan yang berfikiran sempit

Kembaralah..
Sementara engkau masih muda
Sementara engkau belum tua

Kembaralah..
Kau akan mempelajari sesuatu di sana
Manusia yang dicipta berbeda-beda yang kau baca
Akan kau temui di sana
Berbeda kaum, agama, bahasa, budaya atau apa pun,
Sedikitpun tidak menghalang terciptanya
Rasa persaudaraan
Persahabatan &
Kekeluargaan.

Sempadan geografi negara tidak sedikitpun menyekat
Terwujudnya rasa
‘Cinta’ sesama manusia
Kita semua bersaudara
Kita satu keluarga

Kembaralah..

Wan Mohd Wasif Wan Mohd
Sempena Kembara Ziarah Karyawan 2015

Sajak beliau nukilkan ini semasa sama2 menyertai Ziarah Karyawan baru2 ini. Kita mungkin dapat mengambil Hikmah betapa besar saranan ini.

Kita sering mendengar catatan2 agung pengembaraan antaranya Rehlah Ibn Battuta. Ibn Khaldun juga dalam catatan muqaddimahnya menggambarkan berbagai keadaan masharakat. Apabila kita menyingkap semula peta Amerika Syarikat hari ini, kita akan dapati usahanya dimulakan oleh Sharif Al-Idrisi (Karyanya Nuzhat Al-Mushtaq Fi'khtiraq Al-'Afaq), selepas diteroka semula oleh Christopher Columbus. Selain itu, Hikayat-Pengembaraan Abdullah Munshi yang terkenal dalam masharakat Melayu.
Early Islamic Travellers' by Syed Hassan Bin Muhammad Alattas
Ba'alwie Mosque, Singapore
Kini banyak catatan2 generasi baru bagi menyentuh rasa dari segenap lapisan. Mereka juga dikenali dengan Mr. Traveller.
Travelog Mr. Traveller adalah sebuah catatan pengembaraan nekad seorang mahasiswa menaiki keretapi seorang diri mengelilingi benua Eropah. Menempuh hampir 10,000 kilometer  perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan  sekeping tiket sahaja.
Al-Fatihah buat Allahyarham Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd, semoga Allah menjadikan usaha catatan diarinya ini sebagai sumbangan besar yang bermanfaat untuk kaum muslim yang membaca dan mengambil 'Hikmah Yang Tersirat' darinya.