Thursday 15 October 2015

SEMBANG TEPI JALAN - MEOR

Sembang Tepi Jalan : Syurga Yang Hilang
Sdr. Meor Yusuf Aziddin
SEMBANG TEPI JALAN – SYURGA YANG HILANG ialah sebuah siri pengalaman yang dinukilkan setiap kali pertemuan dengan rakannya, Amin


Sembang Tepi Jalan mengisahkan sebuh siri pengalaman seorang yang bernama Amin (bukan nama sebenar). Pengalaman Amin sebagai seorang seniman, juga merupakan seorang yang sedang bergolak mencari kebenaran dalam agama. Dia ke India menganut agama Hindu untuk mendapatkan keberkesanan pengalaman rohani (spiritualnya).

Sungguhpun begitu, dia sedang bercinta degan seorang gadis Muslim (…), temannya sejak dari kecil, seorang pensyarah di sebuah universiti.  .. amat setia dengan Amin, dan memberi ruang kepada Amin untuk mencari kebebasan dalam mencapai hakikat kebenaran perjalanan spiritualnya.

Amin pulang ke Malaysia, pergi ke kampung .. untuk berjumpa dengan ayah … dia tidak segan2 menceritakan dirinya yang sebenar, di samping bersedia mendengar pemahaman tentang agama Islam dari ayah …


Buku ini diserikan dengan beberapa petikan lirik lagu dan puisi pada bahagian awal dan pada bab berikutya, memulakan siri babak2 cerita kehidupan Amin.


Br. Meor Yusuf Azidin dan Gitarnya, saya dan bukunya, 
Sembang Kehidupan.

"Membudayakan seni itu perlu telus dan bebas sifatnya, kongkongan hanya akan melemahkan nilai kreativiti dan mentality sesuatu bangsa." - Meor