Thursday 21 May 2015

SEJARAH PERJUANGAN MAHASISWA

PMIUM: 6 Dekad Dasawarwa
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya atau akronimnya PMIUM telah ditubuhkan pada tahun 1956. Penubuhan PMIUM adalah hasil inisiatif Syed Muhammad Naquib al-Attas, seorang mahasiswa Islam di Universiti Malaya, Singapura (kini dikenali sebagai National University of Singapura). Paradigma rata-rata mahasiswa Islam khususnya mahasiswa Melayu sendiri lebih dipengaruhi oleh ideologi sosialisme dan nasionalisme. Bertitik tolak pada hakikat ini, Syed Muhammad Naquib al-Attas telah melakukan suatu ijtihad dengan menubuhkan PMIUM demi menggerakkan idea 'faham Islam' dalam lapangan umat kampus dan nasional.


PMIUM: Pencetus Perubahan
Peningkatan kesedaran Islam pada awal tahun 1970an telah meletakkan PMIUM sebagai wadah penting dalam perjuangan Islam di kampus. Walau bagaimanapun, PMIUM tiada  suara yang mendominasi politik kampus sebagaimana Kelab Sosialis semasa zaman kemunculan gerakan mahasiswa pada awal dan pertengahan tahun 1970an. PMIUM pada ketika itu bersifat Nasionalis-Islamis yang berjuang untuk kepentingan Islam dan bangsa Melayu termasuk isu bahasa, budaya dan kebajikan. Dato’ |Dr. Siddiq Fadzil Presiden PMIUM sesi 1972/73 menerapkan semangat nasionalisme, mengarahkan semangat tersebut mengikut perspektif Islam. Kewujudan golongan Nasionalis-Islamis ini dibuktikan dengan komitmen yang tegas termasuk pelaksanaan Islam sepenuhnya serta mengamalkan amal secara Islami. Oleh sebab itu, PMIUM cuba menyediakan alternatif menggantikan acara yang ditawar Universiti Malaya dibawah kelolaan UMSU (University Malaya Student Union).
Islam dan Sosialism
Perjuangan Islam PMIUM tidak serasi dengan aktiviti PMUM bercorak kebudayaan sehingga berlaku ‘perang dingin’ antara PMIUM dengan PMUM. Oleh sebab itu, PMIUM disingkir daripada AJK Orientasi sesi 1975/76 dan hanya diterima semula pada sesi 1977/78 tetapi pada sesi 1978/79 sekali lagi PMIUM disingkirkan. Keadaan ini mendorong PMIUM mengubah corak perjuangan dengan menyertai politik kampus agar mereka lebih progresif untuk mengambil alih tampuk pimpinan PMUM. Cubaan pertama PMIUM untuk memenuhi cita-cita siasah dengan meletakkan calon mereka dalam pilihanraya kampus. Pada tahun 1977, PMIUM meletakkan calon mereka iaitu Sidek Baba [pensyarah UIA, wakil ABIM], Syed Muhamad Dawilah al-Idrus [pensyarah USM], Nasaruddin Abdul Jalil dan Naharuddin Abdullah. Sidek Baba dan Naharuddin Abdullah berjaya memenangi kerusi MPP.
Pada pilihanraya sesi 1979/80, PMIUM memenangi 10 kerusi daripada majoriti 2/3. Antara calon PMIUM adalah Redzuan Othman di fakulti Sastera dan Yazid Othman bagi kerusi umum. Kumpulan Islam membentuk Barisan Mahasiswa bertanding dengan Gabungan Mahasiswa. Pilihanraya sesi 1979/1980 dijalankan secara berparti. Barisan Mahasiswa yang ‘menang tipis’ telah memilih Anual Bakri Haron [mantan S/U MB Kelantan] sebagai Presiden PMUM dan Yazid Othman [persatuan wartawan di KL] sebagai Naib Presiden.
Barisan Mahasiswa tidak dapat membentuk kabinet PMUM. Gabungan Mahasiswa mendapat 11 kerusi daripada 21 kerusi [berlaku perubahan sokongan pengundi ‘neutral’ mengalih sokongan kepada Barisan Mahasiswa menyebabkan Barisan Mahasiswa berjaya membentuk kabinet PMUM]. Kesilapan Barisan Mahasiswa adalah memperuntukkan tiga kerusi untuk orang bukan Melayu tetapi tidak ada wakil orang bukan Melayu bertanding untuk calon Barisan Mahasiswa menyebabkan Gabungan Mahasiswa menang mudah.

Sumber;

Monday 18 May 2015

Sasterawan Agung

Sa'di of Gulistan
Jalaluddin alrumi of Mathnawi

Hafiz Shirazi of Divan