Saturday 21 March 2015

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM TERENGGANU

KEDATANGAN ISLAM
Dipetik dari, http://www.istana.terengganu.gov.my/asal_usul.php

Setakat ini tidak dapat dipastikan tarikh atau tahun dari mana kedatangan Islam ke Terengganu. Namun begitu pada Batu Bersurat Terengganu tercatat tahun Hijrah 702 bersamaan 1303M. Tahun ini disetujui setakat ini tercatat di Batu Bersurat dan bukan bermakna Islam bermula di Terengganu pada tahun tersebut.

Dengan itu bermakna Agama Islam telah bertapak di Terengganu sebelum 1303M/702H. Perkembangan islam di Terengganu sebelum tahun tersebut membolehkan penulis (?) Batu Bersurat menulis jawi dan golongan tertentu (?, Orang Kuala Berang) di Terengganu boleh membaca jawi. Satu perkara yang menarik di sini, Terengganu adalah negeri terawal di Malaysia mengkanunkan undang-undang Islam.

Dalam pada itu terdapat bukti pada kurun ke-16, Sharif Muhammad Al-Baghdadi sudah berada di Kuala Berang (?, berapa umurnya ketika itu). Kehadiran beliau ini sudah pasti ada kaitan dengan Agama Islam dan perdagangan. Beliau meninggal dunia di Batu Belah, Kuala Berang. Keturunan Beliau Abdul Malik bin Abdullah (dikenali sebagai Tuk Pulau Manis) meneruskan kegiatan kegamaan di Terengganu. Setelah kira-kira 10 tahun menuntut di Mekah dan Madinah di sekitar tahun 1690, Abdul Malik Pulang ke Terengganu dan mengajar ilmu agama di Kuala Berang.
Tanah Batu, Kawasan tanah batu ini mula dijumpai Batu Bersurat Terengganu kira-kira dalam tahun 1887M. Dan dalam tahun 1902M baru dijumpai oleh Saiyed Hussein bin Ghulam Al-Bukhari menjadi pelapit membasuh kaki di surau lama Kampong Buluh Terengganu
[photo (saya & wm. wasif), rabu 4/3/2015], bersama prof. dari sahabt2 upm] melawat tapak surau lama tempat batu bersurat.
Sejarah Darul Iman 1337H / 1918M oleh Dato' Haji Muhammad Saleh Bin Haji Awang @MISBAHA terbitan Utusan Malasyia


KESULTANAAN TERENGGANU

  • 1708 - 1733: Tun Zainal Abidin
  • 1733 - 1794: Sultan Mansur I
  • 1794 - 1808: Sultan Zainal Abidin II
  • 1808 - 1830: Sultan Ahmad
  • 1830: Sultan Abdul Rahman
  • 1830 - 1831: Sultan Daud
  • 1831 - 1837: Sultan Mansur II
  • 1837 - 1839: Sultan Muhammad
  • 1839 - 1876: Baginda Omar
  • 1876 - 1881: Sultan Ahmad Shah II
  • 1881 - 1918: Sultan Zainal Abidin III, putera Sultan Ahmad Shah II ;
  • 1918 - 1920: Sultan Muhammad Shah II
  • 1920 - 1942: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
  • 1942 - 1945: Tengku Ali
  • 1945 - 1979: Sultan Ismail Nasiruddin Shah
  • 1979 - 1998: Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
  • 1998 - kini: Sultan Mizan Zainal Abidin
  • Almarhum Sultan Zainal Abidin naik tahta pada 27 Muharram 1299H, mangkat pada 21 Safar 1337H. Semasa hayatnya almarhum selaku umarah sentiasa mendatangi ulama sebagai tempat rujukan. Ulama tersebut adalah almarhum Syed Abdul Rahman Al-Idrus yang dikenali rakyat Terengganu sebagai Tok Ku Paloh anakanda kepada Syed Mohamadd Al-Idrus seorang keramat besar yang dikenali dengan panggilan Tok Ku Tuan Besar
Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Padang Saujana, Bendahara Johor, Putera Aceh), Tun Suzana Hj Othman










BATU BERSURAT

The  Correct Date of The Terengganu Inscription: Reconfirm using Astronomical Computers Program oleh Prof. M. Zainiy Uthman dan Azlan Hashim 

TARIKH SEBENAR BATU BERSURAT TERENGGANU, PROF. SM NAQUIB ALATTAS
..the Batu Bersurat Trengganu or Trengganu Inscriptions - one of the oldest pieces of evidence of Islam in Malaya - was dated Friday 4th Rajab 702H or 22nd February 1303M, which coincided with the years the Sufis began to spread Islam.

Bagi mendapatkan pembacaan yang santai untuk tujuan ini boleh cuba melalui novel yang dikarang oleh Faisal Musa al-Tehrani.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Saudara Safi, saya pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda di Universiti Terengganu,
    saya dan kumpulan saya, ingin menjalankan kajian terhadap Kedatangan Islam di Terengganu. Tertarik dengan blog saudara, saya harap saya boleh menghubungi saudara untuk pendapat dan bantuan bagi kajian ini.
    Terima kasih.

    -Muammar AkilFadhli
    muammarkil@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbkth

    Sekadar cadangan bagi yg berminat mengkaji..

    Syarif Muhammad Al-Baghdadi berkemungkinan besar adalah Sultan Al-Muhammad Al-Mutawakkil III,
    Sultan terakhir Bani Abbassiah yang berpusat di Mesir setelah tumbangnya Bani Abassiah Baghdad di tangan Mongol.
    Dalam catatan sejarah Sultan Muhammmad telah menyerahkan kerajaannya kepada Sultan Selim dari Turki yg telah mendirikan kerajaan Usmaniyah.

    Dikatakan barang yg diserahkan adalah barang2 milik Rasulullah sebagai lambang kerajaan Islam.

    Sultan Muhammad dikatakan wafat pd tahun 1540an tetapi As-Sayuthi tidak merekodkan pengakhiran riwayat hidupnya.

    Untuk maklumat mengenai Sultan Muhammad Al-Mutawakkil III boleh lawati link di bawah :-

    https://www.mahadalyjakarta.com/al-mutawakkil-iii-pembela-ahlu-sunnah/

    https://id.m.wikipedia.org/wiki/Al-Mutawakkil_III

    Semoga kekeliruan kita terjawab.

    Ikatan Mahabbah & Dakwah (A.H.A.D)

    ReplyDelete