Bismillahirrahmanirrahim
Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum (kepada) bathil sehingga mereka sendiri mengubahnya. Surah al-Ra'd ayat 11.
Pengalaman Bangsa Berdaulat
Sejarah menukilkan peri sikap umat selepas
nabi Ibrahim a.s, apabila mereka memilih jalan lain dari ajaran asal
kepada kesesatan dan penyelewengan. Kaabah rumah ibadah yang asalnya
telah dibangunkan sendiri oleh nabi Ibrahim bersama anaknya nabi Isma’il
a.s bertukar menjadi sarang kemunkaran, ma’shiat dan keganasan.
Sebahagian mereka yang memegang tampuk pimpinan ketika itu mengambil
kesempatan melalui penguasaan terhadap pakar2 mereka dari segenap bidang
seni bahasa dan sastera(melalui puisi dan sajak), sejarah budaya,
hubungan antara-kaum, hubungan diplomatik antarabangsa dan arkitek2
bekerjasama menggerakkan usaha menjadikan Mekah sebagai tempat
mendirikan berhala2 ciptaan mereka disekeliling ka’abah untuk disembah
(disamping memonopoli perniagaan) oleh kaum mereka termasuk pengunjung
yang datang berziarah dan berniaga. Akibatnya, penduduk Mekah hidup
dalam keadaan ditindas dan dizalimi oleh manipulasi, penyangak, penipuan
dan korupsi(rasuah) yang dimaharajalelai oleh segolongan yang bathil
(bernafsu serakah). Nabi Muhammad s.a.w. utusan Allah s.w.t, memulakan
perintah melaksanakan tugas memurnikan ajaran kepada asal sebagaimana
sedari awalnya yang diajarkan oleh nabi Ibrahim a.s, membebaskan
penyembah2 berhala dari belenggu perhambaan dan mengembalikan penduduk
Mekah kepada ketinggian perintah Allah, adab (pendidikan), ilmu,
ke‘adilan, hikmah dan kebahagiaan.
Asal Usul Sejarah Islam Di Alam
Melayu
Sejarah berulang, peristiwa kali ini menimpa pula keatas daerah
kedaulatan kita kepulauan Melayu-Indonesia. Pada awalnya daerah
berdaulat ini merupakan satu mercu tanda sebuah Bandar tamadun Islam
yang unggul dunia pada abad ke 7M, iaitu pada zaman Nabi Muhammad s.a.w
masih hidup. (rujuk Prof. Dr. Wan Hussein Azmi (UKM), Islam di Malaysia:
Kedatangan dan Perkembangan Abad 7 - 20M). Apabila dijajah melalui
segenap segi kekuatan, masyarakat termasuk kalangan Melayu (termasuk
jawa), Cina dan India yang cenderung kepada pengaruh ajaran dan ajakan
yang dibawakan dalam misi penjajahan tersebut, membelenggu diri mereka
tertawan dalam arus kesesatan, kezaliman, penindasan, perampasan hak
yang dilakukan oleh pemimpin2 dari kalangan mereka sendiri, akibat dari
ajaran2 dan kesan yang ditinggalkan oleh penjajah. Merenung gemerlapan
keindahan tamadun Islam yang kemilau cahayanya pernah berkisar di
daerah2 ini satu ketika dahulu justeru melahirkan rasa insaf kita akan
apa yang kini melanda di daerah2 kedaulatan kita. (rujuk Prof. Dr. Syed
Muhammad Naquib Al-Attas (1972), Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan
Melayu).
Syed Muhammad Naquib Alattas, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1972 |
Termasuk
apa yang sedang menimpa saudara2 kita dari semua sudut pelusuk dunia.
(rujuk Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Alatas (ISTAC), dan Islam and
Secularism (1978) dan Risalah Untuk Kaum Muslimin).
Islam and Secularism, 1978 |
Anjuran
dari Perintah Wahyu.
Rencana ‘mengembalikan kemuliaan dan kedaulatan’
kita perlu diusahakan segera tanpa tangguh. Misi ‘menggali khazanah dan
memunculkan usaha’ yang pernah dilancarkan oleh pemimpin, ilmuan,
cendekiawan, sejarawan, budayawan, seniman termasuk arkitek2 perlu
dihalakan kearah satu tujuan yang justeru menjurus kepada pelaksanaan
ini seharusnya dizahirkan. Berpandukan kepada proses pembentukan Negara
berdaulat di zaman Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang telah kita semua
sedia maklum, maka teknik penubuhan itu hendaklah secara tabi‘i merujuk
kepada kedudukan bahasa, bangsa dan kebudayaan dalam sesebuah Negara,
bukan dengan apa yang pernah dilancarkan oleh seangkatan pemuda umno
malaysia dalam misi mereka menggerakkan revolusi mental pada tahun2 70an
dan 80an.(rujuk Syed Hussein Alatas, Intelektual Masyarakat Membangun
dan Bab 2: Kaum Intelektual dan Fungsinya, mukasurat 23) Oleh itu, maka
titik permulaannya ialah dari bentuk rupa yang sebenarnya kedudukan
bangsa dan budaya dalam Negara hari ini yang tentunya berhajat kepada
satu usaha yang khusus pengkajian terhadap sejarah terlebih dahulu.
Intelektual Masyarakat Membangun |
Berpedomankan
ayat 11 dari surah al-Ra’d, maka saranan untuk kita melangkah berusaha
untuk mengembalikan keadaan pada tempatnya sebagaimana asalnya. Saranan
dilancarkan menerusi anjuran2 seperti mengiktiraf dari kalangan kita
peranan ilmuan yang telah memberikan sumbanganya yang berharga di zaman tersebut .
Demi memulakan usaha ini, antara karya yang dianjurkan
perlu diusahakan fahamnya termasuk,1. ‘Aqaid al-Nasafi oleh Nuruddin
al-Raniri. [rujuk Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud dan Prof. Dr. Khalif
Mu‘ammar, Pusat Pengajian Sains dan Tamadun Islam (Casis, UTM)].2.
Hujjat al-Siddiq (Kenyataan yang Benar) oleh Nuruddin al-Raniri.3.
Lata’if al-Asrar li Ahl Allah al-Atyar oleh Nuruddin al-Raniri. [rujuk
Dr. Muhammad Zainiy Uthman, Pusat Pengajian Sains dan Tamadun Islam
(Casis, UTM)].4. Asrar al-‘Arifin (Rahsia orang2 Bijaksana) oleh Hamzah
Fansuri. 5. Insan al-Kamil (Kesempurnaan Insan) oleh Hamzah Fansuri.
(Perpustakaan Negara Malaysia)[rujuk Mysticism of Hamzah Fansuri oleh
Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas]. 6. Al-Iqtishod fi Al-'itiqad (Dr.
Wan Suhaimi Wan Abdullah).
Membangun Sebuah Peradaban
Dengan cara ini
panduan yang kita temukan bakal meletakkan kita semula pada kemuliaan
insan dan menjunjung tinggi kedaulatan kita sepertimana yang pernah kita
kecapi satu masa dahulu dalam masa-masa keagungan Islam di daerah
kepulauan Melayu-Indonesia kita ini. Akhirnya memetik satu kenyataan
dari buku ‘Minda tertawan’ karangan Raja Ahmad Aminullah menyebut
perihal peranan intelektual sebagai berikut;Sepatutnya intelektual yang
dikooptasi atau dirangkul harus berusaha untuk membebaskan dirinya
daripada apa yang disebut Edward Said sebagai “the poisonous embrace”.
Mereka seharusnya melakukan pembaikan dari dalam sistem kerana mereka
memiliki jalan tersebut. Tugas inilah yang disebutkan Almarhum Muhammad
Natsir sebagai tanggungjawab golongan ulil-albab (istilah yang terdapat
dalam al-Quran yang diterjemahkan sebagai orang berakal atau orang-orang
yang mempunyai fikiran). Menurut Dr. Ali Shariati pula, intelektual
tersohor Farsi abad ke-20, golongan yang disebutnya sebagai rausyanfikir
(istilah Farsi yang bermaksud “pemikir yang mencerahkan”) ataupun
intelektual harus ke depan dengan berani untuk menentang
ketempangan-ketempangan ataupun kekurangan-kekurangan zamannya.
Menurutnya “mereka harus mencari cita-cita bersama, menciptakan cinta
dan iman yang bernyala dalam jantung masyarakat tradisional yang korup
dan beku”. [Raja Ahmad Aminullah, Minda Tertawan: Intelektual,
Rausyanfikir dan Kuasa dalam Aku Janji, Janji Aku? Mukasurat 45].
*
Artikel ini ditulis bersempena ‘Seminar on Global Issues: Extremism
among the Muslims in Contemporary Times: Dimensions and Manifestations’
yang diadakan di Pusat Pengajian Sains dan Tamadun Islam (Centre for
Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation), Universiti
Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur pada Sabtu 14 Jun 2014/ 16 Syaaban
1435H.
No comments:
Post a Comment