perpustakaan ISTAC |
Sedari sebelumnya lagi saya mula
ikut mendalami makna dalam kehidupan seorang muslim yang baik, dari situ kita dapat mencari keaslian ilmu dalam pengabdian kepada Allah. Bermula dari menyertai
aktiviti bersama kepimpinan pelajar universiti, sehingga bersama terlibat
dengan kepimpinan universiti dan negara, sehingga akhirnya memahami faham-faham
budaya penjajajahan (colonize) yang berada di dalam benak aliran akademik
bersarang di universiti. Dan bagaimana Islam berperanan menghadapi situasi ini.
Saya bermula dengan kertas
latihan ilmiah yang lebih kurang begini maksud pemerhatian, Analisis Terhadap Pemikiran
Dr. Mahathir Mohamed melalui ‘Dilema Melayu’. Dalam perbahasan ini menyentuh permasalah
kesan penjajahan terhadap kepimpinan beliau (Dr. Mahathir). Disini rujukan yang
banyak saya gunakan termasuk idea-idea berkait sanggahan ‘kekeliruan teori evolusi’ yang
dikembangkan oleh Adnan Okhtar, (nama penanya Harun Yahya). ‘Mitos Peribumi Malas’,
‘Rasuah’, ‘Intelektual Masyarakat Membangun’ yang ketiga2 karya ini dicetuskan
oleh Prof. Dr. Syed Hussein Alattas.
Ketika memahami maksud dari idea2
yang dicetuskan Prof. S. Hussein Alattas, saya mengikuti wacana baru yang
dikembangkan oleh Dr. Syed farid Alattas bertajuk, Ibnu Khaldun: Makers of
Civilization. Wacana alternatif menangani Eurocentrism.
selepas syarahan Ibn Khaldun: makers of Civilization anjuran Peacemeal. |
Seterusnya, rujukan penting
membahaskan perihal penjajahan dan sekularism dalam Konsep dan Falsafah Pendidikan, Masalah Kepimpinan dan 'Keruntuhan
Adab’ yang dimulakan wacananya oleh YM TS Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Alattas. (pengenalan ringkas, beliau mula mencetuskan masalah pendidikan pada conference di King Abdul Aziz University yang mana beliau salah seorang panel pembentang, beliau dianugerahkan kerusi Ibn Khaldun oleh kerajaan Iran).
Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu adalah antara rujukan penting pensejarahan bagi menyangkal idea teori, konsep dan falsafah yang membincangkan budaya Islam dalam masharakat Melayu.
Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu adalah antara rujukan penting pensejarahan bagi menyangkal idea teori, konsep dan falsafah yang membincangkan budaya Islam dalam masharakat Melayu.
Saya amat menyanjungi ketinggian
prinsip dan keilmuan beliau.
Prinsip Keilmuan YM TS Prof. Dr.
Syed Muhammad Naquib Alattas,
-
Masalah keruntuhan ‘Adab’ –
menimbulkan penderitaan masharakat muslim masalah ilmu - menyebabkan kepimpinan
yang rosak (corrupt leadership)
-
Ilmu adalah kehadiran makna
dalam diri, ilmu adalah pentafsiran diri terhadap sesuatu makna.
-
Dalam ‘Historical Fact and
Fiction’ beliau menjelaskan peranan penyebaran Islam dijalankan oleh Anak-anak
Hadrami: Tarim (Habaib, Syed & Syarifah, Raja & Engku)
-
Lebih baik menanggung
kepayahan daripada menentang pemimpin yang rosak.
-
Keutamaan ‘tasawuf’ dalam
menghadapi cabaran sekularim moden.
Saya memulakan penghayatan memahami maksud ilmu apabila saya mengikuti program di International Institute for Advance Islamic Studies (IAIS) saya diperkenalkan melalui sahabat saya Wan Mohd Wasif Wan yang beliau sebelum itu pernah sama-sama dalam satu Simposium anjuran persatuan mahasiswa, beliau mewakili PKPIM dan saya mewakili PMIUM,
[photo, petang 31 Mac 2015] |
Ms. Ni'mah Isma'il Nawwab semasa Syarahan Umum: Wanita dan anak muda di Arab Saudi: Realiti Semasa" di IAIS, 29 Apr 2014 |
International Institute of
Islamic Thought and Civilization (ISTAC) merupakan institusi agung yang saya bercita dari awalnya untuk sampai ke sini bagi menyerapi maksud ilmu yang sebenar
dalam budaya ilmu Islam. Saya berkesempatan bertandang ke sini apabila berkesempatan menyertai
satu seminar bertajuk Islam and Science: And Educational Approach. Untuk menyertai
seminar ini peserta perlu menghantar satu kertas kerja yang berkaitan, saya
mengemukakan tajuk, "Islamization of Malay-Indonesian Archipelago: An
Educational Approach", yang membincangkan keperluan untuk mewacanakan sains dan
pensejarahan Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia sebagai medium pendidikan. Semasa mengikuti program saya
sempat bertemu dengan Prof. Dr. Sayyid Muhammad Ajmal Abdul Razak Al-Aydrus,
penterjemah karya agung ‘Mathnawi’ Jalaluddin Al-Rumi.
Di ISTAC, juga saya mengikuti
wacana bersama Dr. Jasser Audah. Perbincangannya mengenai Maqashid Al-Syariah.
Dr. Jasser Auda, |
Saya menyedari hakikat institusi
unggul ini sedang mengalami masa2 suramnya. Ini bermula dengan pengunduran
pengasas dan pengarahnya YM S.M. Naquib sebagai kepimpinan ISTAC.
No comments:
Post a Comment