Nama Blog ‘HIKMAH YANG TERSIRAT’ merupakan cetusan dari ilham bagi mengenang penulis buku Hikmah Yang Tersirat (http://mawarnafastari.blogspot.com/). Walaupun tidak pernah mengenali beliau, namun saya memberi penuh penghormatan dan amat menghargai catatan diarinya.
Catatan ini membantu saya berkongsi cerita ramai lepasan penuntut dari Darul 'Uloom, samada lulusan Karachi, Lahore dan Islamabad. Sekarang ramai penuntut postgraduate dan phd dari Pakistan menyambung pengajiannya di Malaysia. Saya juga pernah 2 kali singgah Masjid Pakistan di Kuala Lumpur dan beberapa kali singgah di restoran 'roti nan' Pakistan.
Ada sedikit sentuhan bagi memikat mahasiswa Pakistan di Malaysia iaitu apabila memetik rangkap Sir Muhammad Iqbal, 'Lab pe ati hai dua ban kay tamana mere', saya bacakan rangkap lagu ini sewaktu pertemuaan dengan Muhammad Uthman Ara, penuntut Phd di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Selain itu, memang orang pakistan dengan roti 'nan' mereka tidak dapat dipisahkan.
Antara mereka yang berlatarbelakang pendidikan dari Pakistan termasuk Allaryarham TG DB Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ust. Haslin (Bollywood), Sdr. Wan Ji Wan Hussin (al-Bakistani).
Sedikit ringkasan penulis.
Penulis Wan Ahmad Fadzil bin Wan Mohd atau nama penanyanya Nafastari merupakan seorang pegawai diplomatik yang
bertugas di kedutaan Malaysia di Pakistan pada 2009. Dilahirkan di Setiu,
Terengganu pada 24 September 1982 dan meninggal dunia pada 1 Mac 2011
sekembalinya ke tanah air. Berkelulusan dalam bidang undang-undang (2000-2001)
dari Pusat Matrikulasi UIAM sebelum melanjutkan pengajian di UIAM Gombak (2001 –
2005). Beliau turut menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Kerajaan
Persekutuan pada Disember 2005.
Memetik sajak dari sahabat saya, menyedarkan bahawa besarnya catatan diari seumpama ini. Sajak bertajuk 'Kembara'..
Kembaralah..
Memetik sajak dari sahabat saya, menyedarkan bahawa besarnya catatan diari seumpama ini. Sajak bertajuk 'Kembara'..
Kembaralah..
Bumi yang dicipta luas,
Bukan untuk insan yang
berfikiran sempit
Kembaralah..
Sementara engkau masih muda
Sementara engkau belum tua
Kembaralah..
Kau akan mempelajari sesuatu di
sana
Manusia yang dicipta berbeda-beda
yang kau baca
Akan kau temui di sana
Berbeda kaum, agama, bahasa,
budaya atau apa pun,
Sedikitpun tidak menghalang
terciptanya
Rasa persaudaraan
Persahabatan &
Kekeluargaan.
Sempadan geografi negara tidak
sedikitpun menyekat
Terwujudnya rasa
‘Cinta’ sesama manusia
Kita semua bersaudara
Kita satu keluarga
Kembaralah..
Wan Mohd Wasif Wan Mohd
Sempena Kembara Ziarah Karyawan 2015
Sajak beliau nukilkan ini semasa sama2 menyertai Ziarah Karyawan baru2 ini. Kita mungkin dapat mengambil Hikmah betapa besar saranan ini.
Kita sering mendengar catatan2 agung pengembaraan antaranya Rehlah Ibn Battuta. Ibn Khaldun juga dalam catatan muqaddimahnya menggambarkan berbagai keadaan masharakat. Apabila kita menyingkap semula peta Amerika Syarikat hari ini, kita akan dapati usahanya dimulakan oleh Sharif Al-Idrisi (Karyanya Nuzhat Al-Mushtaq Fi'khtiraq Al-'Afaq), selepas diteroka semula oleh Christopher Columbus. Selain itu, Hikayat-Pengembaraan Abdullah Munshi yang terkenal dalam masharakat Melayu.
Kini banyak catatan2 generasi baru bagi menyentuh rasa dari segenap lapisan. Mereka juga dikenali dengan Mr. Traveller.
Sajak beliau nukilkan ini semasa sama2 menyertai Ziarah Karyawan baru2 ini. Kita mungkin dapat mengambil Hikmah betapa besar saranan ini.
Kita sering mendengar catatan2 agung pengembaraan antaranya Rehlah Ibn Battuta. Ibn Khaldun juga dalam catatan muqaddimahnya menggambarkan berbagai keadaan masharakat. Apabila kita menyingkap semula peta Amerika Syarikat hari ini, kita akan dapati usahanya dimulakan oleh Sharif Al-Idrisi (Karyanya Nuzhat Al-Mushtaq Fi'khtiraq Al-'Afaq), selepas diteroka semula oleh Christopher Columbus. Selain itu, Hikayat-Pengembaraan Abdullah Munshi yang terkenal dalam masharakat Melayu.
Early Islamic Travellers' by Syed Hassan Bin Muhammad Alattas Ba'alwie Mosque, Singapore |
No comments:
Post a Comment