Tuesday, 30 June 2015

Historical Fact and Fiction

“… Pada zaman Nabi Muhammad Rasul Allah salla’llahu ‘alaihi wassalama
tatkala lagi hajat hadhrat yang maha mulia itu, maka sabda ia pada sahabat baginda di Mekkah, demikian sabda baginda Nabi: “Bahwa sepeninggalku ada sebuah negeri di atas angin samudera namanya. Apabila ada didengar khabar negeri itu maka kami suruh engkau (menyediakan) sebuah kapal membawa perkakas dan kamu bawa orang dalam negeri (itu) masuk Islam serta mengucapkan dua kalimah syahadat. Syahdan, (lagi) akan dijadikan Allah Subhanahu wa ta’ala dalam negeri itu terbanyak daripada segala Wali Allah jadi dalam negeri itu“….

Pengalaman Sejarah amat penting diterokai (diperhalusi) dengan benar, hikayah, riwayat, kisah, cerita yang benar memudahkan kita membentangkan jalan ke hadapan. Nota pada kali ini menganalisis pemerhatian sejarah dalam 'Historical Fact and Fiction' karya Prof. Dr. Syed Muhammad naquib Alattas.

".. Telah Merah Silu sudah Islam, maka Merah Silu pun tidur, maka ia bermimpi dirinya berpandangan dengan rasul Allah (s.a.w). Maka sabda rasul Allah pada Merah Silu: 'Hai, Merah Silu ngangakan mulutmu.' Maka dingangakan oleh Merah Silu mulutnya, maka diludahi Rasul Allah. Maka Merah Silu jaga dari tidurnya, maka diciumnya bau tubuhnya seperti bau narwastu."

- Jatuh ke Laut Menjadi Pulau, Jilid 3. Sajak2 Lengkap Muhammad Haji Salleh dalam 'Cerita yang ketujuh, 1 dan 2  mukasurat 192.

Pada masa empayar Pasai, Sultan Malikul Saleh (Merah Silu) telah berburu bersama anjingnya. Di sebuah pergunungan beliau ternampak 'semut sebesar kucing' - 'the big ants' yang menurut Hikayat Pasai terbangunnyaNegeri Sumatera atas peristiwa besar itu. Penetepan nama Sumatera oleh Merah Silu dari ringkasan 'Semut Raya'. Dalam tahun 1996 "semut gergasi" ini telah dikenalpasti oleh antropologis Perancis, Michael Peisel. Beliau melapor tentang sejenis binatang semut tupai sebesar anjing kecil (puppet), dam menamakan "semut gunung". Tupai itu suka menggali tanah. Penduduk tempatan telah mengayak tanah ini dan memperoleh butir-butir emas.

Ada sebuah catatan ulasan (Fadli Al-Akiti) mempertanyakan mengapa penulis tidak mengkaji dengan lebih mendalam berkenaan puteri dari kerajaan chermin dan sriwijaya dan majapahit. Disini kita dapat menanggap bahawa Prof. Dr. SM Naquib Alattas membentangkan luasan sejarah diatas asas prinsipnya 'Islamization of Knowledge'

"..

Dalam buku Historical fact and Fiction ini, Prof. al-Attas telah mengemukakan tafsiran baru mengenai kisah Merah Silau; keterangan sejarah yang membuktikan Semut Besar adalah suatu yang benar, bukan rekaan; identiti raja Muslim pertama bagi kerajaan Samudra-Pasai; asal-asul perkataan Melayu bagi nama Sumatra; adat resam Melayu dalam amalan mewariskan takhta diraja ketika pertengahan abad ke-14 Masehi. Beliau juga memberi suatu penjelasan baru bila dan bagaimana Parameswara memperoleh gelaran diraja Jawa, iaitu Parameswara; apakah nama gelaran diraja Melayu ketika beliau memberontak menentang Majapahit; bila dan di mana beliau memeluk Islam, dan siapakah mubaligh yang mengIslamkannya; nama Muslimnya yang sebenar; peranannya yang utama berbanding dengan Adityawarman dalam menetapkan asas bagi kelahiran kerajaan Melayu yang baru; penubuhan Melaka, asal usul nama Melaka dan maknanya; cerita rekaan mengenai pohon melaka yang kononnya menjadi punca kepada penubuhan Melaka; makna sejarah dan faham utama tentang sejarah.

Samudra dalam Melayu bermaksud 'laut', dengan itu kalimah dan makna ini menggunapakai istilah sanskrit. (pengkaji Eropah sering menemukan rujukan kesimpulan merujuk pada Sanskrit-Hindu), sedangkan ia diambil dari dua suku kata melayu, 'semut' dan 'raya'. Kekeliruan yang ditimbulkan pengkaji sejarah, geografi dan pakar eropah dengan menanggap Samudera merujuk kepada 'pulau'. Kekeliruan ini menyebabkan pengkajian yang pernah dijalankan oleh pengkaji sejarah dari Kepulauan Melayu melalui kepakaran geograpi dan nautikal menilai nama yang diberikan pulau Sumatra sebagai keliru dan defektif. (m/s 7)

Penting penalaran sejarah yang tepat mengenai nama Samudera perlu merujuk pada 'Semut Raya' bagi menjelaskan perihal sejarah berkait 'kerajaan Samudera-Pasai' kerana jika ia merujuk kepada sebuah 'pulau', kenyataannya fakta berkaitan tidak mencapai/merujuk kepada luasan realiti (citra nuansa) sebenar sejarah berkait 'Kerajaan Samudera-Pasai' dan Malikus Salih. Pengkaji tidak mencapai kesimpulan akhir. pengkaji lain juga akhirnya akan menemui jalan buntu.

Antara kekeliruan muncul apabila Sumatra merujuk kepada 'pulau' apabila W. Marsden seorang pengkaji sejarah dari Eropah menulis 'Sejarah Sumatra' pada 1783 (mukasurat 4 - 8), yang mana pada itu nama Sumatra telah digunapakai merujuk kepada seluruh kepulauan. ramai pengunjung mempelajari kemungkinan ejaan berdasarkan vokal tempatan bagi mencadangkan penggunaan merujuk kepada pulau besar secara umum. Selepas itu, N.J.Krom mencatatkan artikel kajian terhadap nama Sumatra dalam mana versi bahasa 'Arab, Chinese, Portugis, France, Dutch (belanda) English', sebagai Sanskrit dan Latin kemungkinan asal nama yang dibincangkan (mukasurat 6). Sejak perbincangan oleh pakar dan sejarawan Eropah memulai dengan pelbagai bahasa menggunakan roman skrip, perbezaan dan kekeliruan ejaan nama mencemarkan. (metodologi pengarang (SMN Alatas), menalari kekeliruan dengan 'Islamization') 

Keyword : Semutra (ya), Malikul Salih,

Rujukan boleh dijumpai dari karya:
1. Ya'qubi (m. 897), Kitab al-Buldan
2. Ibn Rustah (c. 900), Al-A'laq al-Nafisah
3. Ibn al-Faqih (c. 903), Kitab al-Buldan
4. Abu Zayd (c.916), Kitab al-Thani min Akhbar al-Sin wa al-Hind
5. Abu Dulaf (c. 940), Risalah
6. Al-Mas'udi (m. 956), Muruj al-Dhahab wa Ma'adin al-Jawhar dan Kitab al-Tanbih
7. Ibn al-Nadim (c. 988), Fihrist; the voyages of Sinbad dalam Alf Laylah wa Laylah
8. Buzurg ibn Shahriyar (928-1000), 'Ajaib al-Hind
9. Al-Biruni (m. 1048), Tarikh al-Hind, Kitab al-Tafhim dan Qanun al-Mas'udi
10. Marwazi (c. 1120), Taba'i al-Hayawan
11. Idrisi (m. 1165), Nuzhat al-Mushtaq
12. Ibn al-Baitar (m. 1248) quotes Ibn Sina (m. 1037)tentang ambergris dijumpai di Malaka (Salahit i.e. Selat)
13. Qazwini (m. 1283), Kitab Athar al-Bilad dan Kitab 'Aja'ib al-Makhluqat
14. Abu al-Fida (1273-1331), Taqwim al-Buldan
15. al-Nuwayri, Nihayat al-Arab fi funun al Adab (1321)
16. Al-Dimashqi (c. 1325) Nukhbat al-Dahr
17. Harrani (c. 1332), Jami' al-Funun
18. Ibn al-Wardi (c. 1340), Kharidat al-'Aja'ib
19. Ibn Battutah (m. 1373), Tuhfat al-Nuzzar fi Ghara'ib al-Amsar wa 'Aja'ib al-Asfar
20. Bakuwi (c. 1400), Talkhis al-Athar
21 Ibn 'Iyas (m. 1525), Nashaq al-Azhar
22. Ibn Majid (tulisan 1462), Hawiyat al-Ikhtisar fi 'ilm al-Bihar dan Al-Fawa'id fi usul 'ilm al-Bahr wa al-Qawa'id
23. Al-Mahri (tarikh 1511), 'Umdat al-Mahriyyah fi dabt 'ilm al-Bahriyyah dan Kitab Minhaj al-Fakhir fi 'ilm al-bahr al-Zakhir.
24. Sulayman the Merchant of Siraf, Akhbar al-Sin wa Al-Hind (c.851)

sebahagian karya merujuk pada karya dan laporan pada kurun ke-8. (rujuk HFF mukasurat 35) 
ulasan blog :

Rujukan Baru :

Tatiana Denisova, Sejarah Penyebaran Islam Di Alam Melayu
Saim Kayadibi, Ottoman Connections to the Malays World

“He in whose heart no History is enscrolled,
Cannot discern in life’s alloy the gold
But he that keeps the records of the Dead
Adds to his life new lives a hundredfold.”

“Hati yang hampa tiada mengandung Sejarah Bangsa
Tiadakan dapat tahu menilai hidup yang mulia
Penyimpan Khabar Zaman yang Lalu menambah lagi
Pada umurnya umur berulang berkali ganda”

University of Malaya Library
Note : 

Pertama, sumber dan karya ilmiah sejarah Islam yang ditulis dalam huruf Jawi/Pego (Arab latin) oleh masyarakat Nusantara tidak begitu terkenal di kalangan ilmuwan Barat karena tidak banyak dari mereka yang pandai membaca tulisan Jawi.
Kedua, banyak sumber sejarah yang hilang atau tidak diketahui keberadaannya pada zaman penjajahan.
Ketiga, biasanya sumber-sumber sejarah yang ditulis masyarakat Nusantara dianggap oleh orientalis sebagai artifak sastra, sebagai karya dongeng atau legenda, yang hanya bisa dipelajari dari sudut filologi atau linguistik, dan tidak bisa diterima sebagai sumber sejarah yang sempurna dan benar.
Keempat, karena minimanya sumber dan kajian sejarah Islam Nusantara membuat para ilmuwan Barat hanya menggunakan sumber, kajian dan tulisan dari luar Nusantara termasuk dari Barat. Mereka tidak memperhatikan atau mungkin tidak tahu adanya bahan-bahan dan informasi yang terdapat dalam berbagai sumber sejarah Islam termasuk sumber-sumber sejarah dari wilayah Nusantara.

Thursday, 21 May 2015

SEJARAH PERJUANGAN MAHASISWA

PMIUM: 6 Dekad Dasawarwa
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya atau akronimnya PMIUM telah ditubuhkan pada tahun 1956. Penubuhan PMIUM adalah hasil inisiatif Syed Muhammad Naquib al-Attas, seorang mahasiswa Islam di Universiti Malaya, Singapura (kini dikenali sebagai National University of Singapura). Paradigma rata-rata mahasiswa Islam khususnya mahasiswa Melayu sendiri lebih dipengaruhi oleh ideologi sosialisme dan nasionalisme. Bertitik tolak pada hakikat ini, Syed Muhammad Naquib al-Attas telah melakukan suatu ijtihad dengan menubuhkan PMIUM demi menggerakkan idea 'faham Islam' dalam lapangan umat kampus dan nasional.


PMIUM: Pencetus Perubahan
Peningkatan kesedaran Islam pada awal tahun 1970an telah meletakkan PMIUM sebagai wadah penting dalam perjuangan Islam di kampus. Walau bagaimanapun, PMIUM tiada  suara yang mendominasi politik kampus sebagaimana Kelab Sosialis semasa zaman kemunculan gerakan mahasiswa pada awal dan pertengahan tahun 1970an. PMIUM pada ketika itu bersifat Nasionalis-Islamis yang berjuang untuk kepentingan Islam dan bangsa Melayu termasuk isu bahasa, budaya dan kebajikan. Dato’ |Dr. Siddiq Fadzil Presiden PMIUM sesi 1972/73 menerapkan semangat nasionalisme, mengarahkan semangat tersebut mengikut perspektif Islam. Kewujudan golongan Nasionalis-Islamis ini dibuktikan dengan komitmen yang tegas termasuk pelaksanaan Islam sepenuhnya serta mengamalkan amal secara Islami. Oleh sebab itu, PMIUM cuba menyediakan alternatif menggantikan acara yang ditawar Universiti Malaya dibawah kelolaan UMSU (University Malaya Student Union).
Islam dan Sosialism
Perjuangan Islam PMIUM tidak serasi dengan aktiviti PMUM bercorak kebudayaan sehingga berlaku ‘perang dingin’ antara PMIUM dengan PMUM. Oleh sebab itu, PMIUM disingkir daripada AJK Orientasi sesi 1975/76 dan hanya diterima semula pada sesi 1977/78 tetapi pada sesi 1978/79 sekali lagi PMIUM disingkirkan. Keadaan ini mendorong PMIUM mengubah corak perjuangan dengan menyertai politik kampus agar mereka lebih progresif untuk mengambil alih tampuk pimpinan PMUM. Cubaan pertama PMIUM untuk memenuhi cita-cita siasah dengan meletakkan calon mereka dalam pilihanraya kampus. Pada tahun 1977, PMIUM meletakkan calon mereka iaitu Sidek Baba [pensyarah UIA, wakil ABIM], Syed Muhamad Dawilah al-Idrus [pensyarah USM], Nasaruddin Abdul Jalil dan Naharuddin Abdullah. Sidek Baba dan Naharuddin Abdullah berjaya memenangi kerusi MPP.
Pada pilihanraya sesi 1979/80, PMIUM memenangi 10 kerusi daripada majoriti 2/3. Antara calon PMIUM adalah Redzuan Othman di fakulti Sastera dan Yazid Othman bagi kerusi umum. Kumpulan Islam membentuk Barisan Mahasiswa bertanding dengan Gabungan Mahasiswa. Pilihanraya sesi 1979/1980 dijalankan secara berparti. Barisan Mahasiswa yang ‘menang tipis’ telah memilih Anual Bakri Haron [mantan S/U MB Kelantan] sebagai Presiden PMUM dan Yazid Othman [persatuan wartawan di KL] sebagai Naib Presiden.
Barisan Mahasiswa tidak dapat membentuk kabinet PMUM. Gabungan Mahasiswa mendapat 11 kerusi daripada 21 kerusi [berlaku perubahan sokongan pengundi ‘neutral’ mengalih sokongan kepada Barisan Mahasiswa menyebabkan Barisan Mahasiswa berjaya membentuk kabinet PMUM]. Kesilapan Barisan Mahasiswa adalah memperuntukkan tiga kerusi untuk orang bukan Melayu tetapi tidak ada wakil orang bukan Melayu bertanding untuk calon Barisan Mahasiswa menyebabkan Gabungan Mahasiswa menang mudah.

Sumber;

Monday, 18 May 2015

Sasterawan Agung

Sa'di of Gulistan
Jalaluddin alrumi of Mathnawi

Hafiz Shirazi of Divan


Tuesday, 28 April 2015

Sekelumit Hikmah Imam Abdullah Ibn Alawi Al-Haddad

"Dahulu orang menuntut ilmu dari semua orang, kini semua orang menuntut ilmunya".

Beliau berpesan:

"Ajaklah orang awam kepada syariat dengan bahasa syariat: ajaklah ahli syariat kepada tarekat (thariqah) dengan bahasa tarekat; ajaklah ahli tarekat kepada hakikat (haqiqah) dengan bahasa hakikat, ajaklah ahli hakikat kepada Al-haq dengan bahasa Al-Haq, dan ajaklah ahlul haq kepada Al-Haq dengan bahasa Al-haq."


Jika kau ingin hidup bahagia sepanjang umurmu dan setelah mati, kuburmu dijadikan taman syurga;
Dan engkau dibangkitkan tatkala tiupan sangkakala dalam keadaan aman dari rasa takut, terancam, terusir dan dari kerugian;
Dan dihadapkan (kepada Allah) dalam kemuliaan dan keagungan, diberi khabar gembira oleh para malaikat dengan kejayaan dan ganjaran pahala;
Dan diberatkan timbangan amalanmu dengan amalan-amalan yang menggembirakan engkau di Padang Mahsyar;
Dan engkau melintasi sepantas kilat titian ash-Shirath, serta meneguk minuman dari telaga Nabi al-Mushtofa yang suci;
Dan hidup kekal dalam syurga-syurga yang tinggi penuh keni’matan, mendapat bahagian untuk dekat dengan Tuhan yang Satu, Maha Esa dan Tunggal;
Dan engkau melihatNya dengan matamu dalam keadaan Dia Maha Suci dari bertempat, dari kaifiyyat, dari had dan batasan;
Maka perelokkan keyakinanmu, kerana sesungguhnya apabila keyakinan telah sempurna, yang ghaib akan nampak nyata tanpa diengkari;
Dan jadikanlah Asy’ariyyah sebagai pegangan i’tiqadmu, kerana sesungguhnya ia adalah sumber minuman yang suci bersih dari penyimpangan dan kekufuran;
Dan telah menyusun Quthubul Imam sandaran kita, ‘aqidahnya yang merupakan penawar bagi segala marabahaya;

Dan orang yang kumaksudkan dengannya itu ialah satu-satunya yang disifatkan dengan gelaran Hujjatul Islam (yakni Imam al-Ghazali رحمه الله ), maka sudah sepatutnya engkau berasa bangga.

http://www.alhaddad.org/blog/?p=212

Qasidah Ahli Nur


Ibuku telah membesarkanku,
Menyerahkanku untuk khidmat ini
Dia menyerahkan Risalah,
Mengamanahkan aku kepada Allah

Katanya "Jangan berdiam, bekerjalah,
Berkhidmatlah kepada iman
Susuku tidak halal jika kau tidak
Berkhidmat kepada al-Quran"

Kami menulis Risalah dan membaca al-Quran
Melalui bantuan Nur kami menjaga iman

Sav, Barla dan Eflani adalah madrasah Nur
Abdul Qadir al-Jailani penolong para muridnya

Kelompok yang mulia dengan kilang Nur dan bunga Mawar
Pena mereka bagai pedang, tulisan mereka kehebatan iman

Tempat yang dikatakan penjara semua telah jadi madrasah
Muda, tua, wanita dan lelaki berlari menuju pengajian ini

Sudah tiga pulu lima tahun ia berjihad lawan kekufuran
dalam sejarah Islam keteguhan ini amat jarang dilihat

Wahai ahli Nur! Wahai ahli Nur! Wahai saudara mulia!
Semoga Allah dan para Rasul sentiasa meredhai kalian...

Friday, 17 April 2015

JURANG GENERASI - GENERATION GAP

Pendahuluan: Sejarah

'Islam dan Sekularism' mencatatkan krisis besar melanda masyarakat dari kedua belahan tamadun dunia yang diwakili oleh Islam dan barat. Krisis disebut sebagai 'jurang generasi' berakar sejarah dari panutan ajaran Aritotle tentang kekecewaan hidup manusia (kehampaan-penderitaan) menghadapi kehidupan melalui bayangan 'tragedi'. Kecurangan ini mengakibatkan bencana besar melanda semua institusi dari pendidikan, agama, politik, ekonomi, sosial dan semua bidang kehidupan manusia. Krisis ini akhirnya menimbulkan dilema atau kemelut peradaban. Tugas cendekiawan muslim adalah saranan terhadap kaum intelektual masyarakat membangun peradaban.
Tugas Cendekiawan Muslim oleh Dr. Ali Shariati
alih bahasa Dr M Amied Rais
Pendidikan

Amalan pendidikan dunia moden kini sering dikaitkan dengan masalah 'dualism' berkait rapat dengan amalan pendidikan sekular. Istilah bagi memperihalkan masalah ini adalah 'pembaratan ilmu'-westernisasi ilmu. Pascakolonial kini disebut dengan dewesternisasi. Ilmu yang datang dari barat bersifat 'tidak neutral' - (loss of integriti) - bias mengamalkan praktik dualism - pemisahan terhadap ilmu2 asas. Bagi menghadapi tanggungjawab ini dalam merujuk amalan asal-usul ilmu kini maka budaya amalan ilmu Islam mengemukakan konsep 'Islamisasi ilmu' - Islamization of Knowledge.

Pendidikan Islam

Pendidikan sekular dalam amalan kaum muslimin meliputi aspek:

1. Pemisahan asas ilmu fardhu 'ain iaitu amalan asas dalam faham Islam. Dan pemisahan ilmu fardhu kifayah.

2. Amalan konsep pendidikan sekular melalui dualism ilmu. Termasuk dalam hal ini juga adalah praktik 'tarbiyah' yang sebenarnya bercitra sekular yang bertentang dengan amalan pendidikan Islam.

3. Al-Quran harus dilihat bukan semata-mata sebagai Kitab Suci yang hanya dibaca dengan tertib, sebagaimana dikehendaki al-Quran - sebagai sumber ilmu pendidikan Islam menuntut kepada pengkajian teliti mengenai ayat2 tertentu yang terkandung dalam 'Kitab suci' al-Qur'an yang menjadi dasar peradabannya. (rujuk Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu m/s 69)


Cabaran Kepalsuan

Kerosakan institusi ilmu (corruption of knowledge) menimbulkan kemusnahan seluruh institusi termasuk:

1. Pemimpin yang dipilih dari kalangan mereka yang mengambil bulat2 pengetahuan barat dan mengamalkan fahamnya. Termasuk masuk campur individu tertentu dalam hal yang bukan urusannya.

2. Intelektual yang terputus dari ilmu2 Islam.3

3. Penggunaan bahasa yang tepat memberi kesan terhadap perkembangan ilmu dan budaya.
"..masalah penciptaan wanita dari tulang rusuk lelaki, sebagaimana diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Persi. Tetapi "rusuk" merupakan terjemahan yang tidak tepat dalam bahasa Arab dan Persi. Dalam naskah-naskah kitab suci dari dua bahasa itu kata ini bermakna "hakekat" atau "esensi", bukan rusuk dalam arti literal. (Tugas Cendekiawan Muslim, mukasurat 10)

4. Ilmu dan makna (simbolik) 
"..satu hal tentang penciptaan manusia ialah bahwa hanya manusia sajalah, diantara seluruh makhluk dan gejala yang ada di alam semesta, yang mampu menjadi pemegang Amanat Tuhan. Ketika Tuhan menawarkan kepada seluruh makhlukNya - langit dan bumi, gunung-gunung, lautan dan sungai-sungai, fauna dan flora, dan semua fenomena di jagat raya - apakah di antara mereka ada yang sanggup mengemban Amanat Tuhan , maka sekali lagi manusia sajalah yang secara  sukarela menerima Amanat Tuhan, penjaga karuniaNya yang paling berharga, maka terbuktilah bahwa manusia dianugerahi keberanian dan keutamaan serta kebijakan di alam semesta. Demikianlah manusia bukan sekadar khalifah Tuhan di bumi ini, melainkan juga pemegang AmanatNya. Namun apakah erti Amanat ini? Setiap orang dapat memberikan tafsirannya. Maulana Jalal al-Din Rumi mengatakan bahwa Amanat itu bererti kehendak bebas manusia, dan ini juga saya terima. (Tugas Cendekiawan Muslim, mukasurat 11)
  
Pengajaran Kisah. 

Pada suatu hari, seorang Muslim yang jahil yang amat tertarik dengan Barat membuat kunjungan ke sana. Dia mendengar pelbagai kisah kehebatan Barat dan pencapaian mereka, maka adalah munasabah untuknya membuat lawatan ke bahagian dunia tersebut. Kunjungannya dimulai dengan melawat Jambatan Pintu Emas di San Francisco. Sebaik tiba di San Francisco, dia segera ke jambatan tersebut, untuk meninjau kehebatan binaan dan kecanggihan reka bentuk jambatan. Dia terpegun merenungi kerumitan hasil kerja mereka yang membangunkan jambatan itu. Keasyikannya memerhatikan jambatan tersebut, dan mengagumi binaan dan hasil kerjanya menyebabkan dia tidak menyedari kehadiran seseorang yang dari tadi telah membuat pemerhatian terhadapnya. Pemerhati di sebelahnya itu adalah seorang warga tempatan, yang rupa-rupanya seorang yang sering melakukan penyamaran dan penipuan terhadap pelancong dan orang asing yang tiba ke daerah tersebut. Maka dia kini bertemu seorang lagi mangsanya. Tanpa membuang masa, si penyamar mendekati si jahil dan memulakan perbualan. Si penyamar memperkenalkan dirinya sebagai polis pelancong. Dalam tempoh yang singkat, perbualan mereka semakin menyerlahkan kejahilan pelancong Muslim tadi terhadap Barat. Si penyamar bertanya kepada si jahil: "Apa yang anda lakukan di sini?" Si Jahil menjawab: "Saya sedang mengagumi pemandangan indah ini." Dengan segera si penyamar meningkah: "Aah! Tahukah anda bahawa tiada yang percuma di negara kami? Meskipun kami percaya kepada Tuhan, namun segala yang lain perlu dibayar tunai hatta pemandangan yang sedang anda nikmati. Tapi, oleh kerana ini kesalahan pertama anda, maka saya sudi memaafkan." Begitu yakin sekali kata- kata si penyamar, mengundang penghargaan dan ucapan terima kasih daripada si jahil. Menyedari jeratnya sudah mengena, si penyamar bertanyakan: "Apakah sebenarnya yang amat menarik perhatian anda?" "Saya sedang mengagumi Jambatan Pintu Emas yang masyhur itu, terpegun dengan binaannya, dan menghitung bilangan bangau yang terbang melangkauinya," jawab si jahil itu dengan jujur. "Aha! Saya bersedia memaafkan kesalahan anda menikmati pemandangan tanpa bayaran, tetapi tidak untuk perbuatan menghitung bangau. Sudah saya jelaskan, bahawa tiada yang percuma di negara kami, maka anda perlulah membayar perbuatan tersebut. Err, berapa ekor bangaukah yang telah anda hitung?" si penyamar melanjutkan tipu dayanya. Kali ini, si jahil mulai merasai sesuatu yang tidak kena. Setelah berfikir seketika, si jahil menjawab, "dua puluh ekor bangau." Dengan tersenyum lebar, si penyamar segera menuntut bayaran sebanyak lima dolar untuk setiap ekor bangau. Setelah berlaku sedikit pertelingkahan, si jahil akhirnya akur dan membayar seratus dolar kepada si penyamar. Peristiwa di jambatan tersebut, berulangkali bermain di benak si jahil sepanjang perjalanan pulangnya. Dia terfikir betapa hebatnya negara barat dan warga mereka, kerana setiap perkara mempunyai nilai pasaran dan perniagaan. Sebaik tiba di tanah airnya, si jahil segera menceritakan pengalaman barunya itu, dan pengajaran yang diperolehnya kepada rakan-rakannya. Kata si jahil: "Orang barat amat cerdik, tetapi saya lebih pintar lagi, kerana semasa polis itu bertanya berapakah bilangan bangau, saya telah menipu dengan hanya mengatakan dua puluh ekor, sedangkan bilangan sebenarnya adalah lebih daripada seratus!"
Kisah ini mengajar tiga perkara. Pertama, lelaki Muslim tersebut benar-benar jahil; kedua, kerana kejahilannya maka dia mudah diperdayakan; dan ketiga, oleh kerana kejahilan dan mudahnya mempercayai orang lain, dia menjadi amat lalai atas kejahilan dan kesalahannya, sehingga jika ada yang menegur dan cuba membetulkan keadaan, dia tidak mahu mengakui kejahilan dirinya. 

Kisah ini menjadi pengajaran kita tiga perkara;
1. Cabaran dunia materialism - moden
2. Menafikan cabaran dunia
3. Tidak sedar dengan kebodohan dan upaya diri dengan penipuan


Penyelesaian

1. Pemahaman pengertian yang tidak mengelirukan terhadap praktik ilmu Islam.
2. Makna kehidupan melalui faham makna kebahagiaan dan pengalamannya dalam Islam
3. Klasifikasi ilmu. Keahlian dalam bidang2 utama. Cth: Ibn Khaldun: Sumbangan dalam Pembentukan Tamadun (Ibn Khaldun Makers of Civilization)
Ibn Khaldun: Makers of Civilization by Dr. Syed Farid Alatas

4. Faham dengan sebab-akibat keruntuhan institusi ilmu yang dikesankan sekular (western) dan pengaruh penjajahan. (Decolonising Universities - SYed Farid Alatas)

5. Proses perkembangan amalan pendidikan Islam di peringkat universiti ke bawah, dan bukan dari peringkat sekolah ke atas. Berikut adalah carta aliran proses: [Tradisi Intelektual Barat + Ideologi Humanism Sekular] -> [(Islamization of Knowledge)] -> [Universiti (Perpustakaan)] -> [Bahasa(Kesusasteraan) + Sejarah Dunia Islam] + [Hubungan Antara-tamadun + Faham2 Agama] = [Universiti Islam(Pemikiran Islam) + Pandangan Islam] (rujuk Konsep Pendidikan Dalam Islam)


1. Rujuk karya Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimindalam Masalah Jurang Generasi dan Krisi Identiti mukasurat 92 - 95 perenggan 32.
2. 'Tugas Cendekiawan Muslim' adalah sebuah anjuran dari kuliah2 Dr. Ali Shariati berjudulMan and Islam terjemah Parsi-Inggeris. Edisi terjemahan oleh Dr. Amien Rais
3. Intelektual yang berpadangan alam Islam antaranya Hamzah Fansuri - Jalaluddin Rumi.
Tafsir Puisi Hamzah Fansuri Dan Karya-Karya Shufi oleh Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah

Thursday, 16 April 2015

YOUTH'S PROBLEM - Syakh Ibn Saleh 'Uthaymeen


Youth's Problem - Syakh Muhammad Ibn Salih Al-'Uthaymeen
Seruan Pertahan Jati Diri Bangsa

Anjuran ini dapat diperhatikan juga dalam tulisan TS Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Alattas dalam karya pentingnya, Islam, Secularism and the Philosophy of the Future, 1985. Manakala Prof. Seyyed Hossein Nasr dalam tulisannya bertajuk Panduan Anak Muda Islam untuk Dunia Moden pada tahun 1994. Dalam tahun2 1950an anjuran ini telah mula menyebar ke seluruh daerah sebagai ‘amaran’ cabaran penjajahan dan modernisasi.
A Young Muslim's Guide to the Modern World
by Seyyed Hossein Nasr
Anak Muda Generasi Baru

Percaya atau tidak, kita wajar memberi perhatian serius terhadap perkara ini. Tak kira betapa beria kita berbicara memperjuang aliran2 politik dan mempertahan madzhab masing2, kemunculan perbicangan isu yang real dan menepati citra masharakat tentunya masih belum cukup memuaskan penyampaiannya kepada kalangan penuntut dan pengajaran di bidang2 pengajian kita.

Ruang ketiga seperti yang disebutkan Dato' Saifuddin Abdullah dan Raja Ahmad Aminullah adalah ruang yang diisi oleh khalayak baru. Menurut Dato' Saifuddin Abdullah mereka terdiri dari kumpulan jaringan anak muda, kelas pencerahan, universiti terbuka anak muda, sekolah pemikiran al-Syatibi, buku jalanan dan banyak lagi. Raja Ahmad Aminullah menanggap  mereka ini sebagai generasi baru yang mencerahkan, rausyanfikir yang bebas dari kepentingan peribadi. (http://citasempurna.blogspot.com/2015/04/minda-tertawan-intelektualrausyanfikir.html)
'Sakitnya tuh di sini', di Rumah Fikir. Bersama Imam Muda Ashraf, Dato' Saifuddin Abdullah, Wan Saiful Wan Jan (IDEAS)
Sajak yang dinukilkan buku Minda Tertawan dalam tajuk pertama - Ruang Ketiga 

Ruang Ketiga Pencetus Perubahan

Syakh 'Uthaymeen yang menjadi rujukan dalam hadith dan sunnah juga sekarang mula dikembangkan wacana pembicaraannya dalam hal-ehwal ideologi dan sosiologi.
Perhatian yang diberikan oleh Syakh Salih al-‘Uthaymeen ini bukanlah baru, unjuran ini telahpun dilancarkan jauh lebih awal dari itu.

Dalam  tahun2 di masa merebaknya perpecahan kepimpinan bangsa muslim, suasana kekacauan yang belum reda ini dilemahkan lagi dengan perselisihan faham kalangan kaum muda dan kaum tua. Ini berlaku ke semua daerah2 samaada di Turki atau di Tanah Melayu justeru adalah akibat dari besarnya serangan yang menimpa bangsa2 muslim dan betapa cuainya bangsa muslim ketika itu. Hiruk-pikuknya ditambah lagi dengan kepincangan dari anak bangsa sendiri mendendangkan semula semangat yang didakyahkan penjajah melalui idea2 moden.

Dalam situasi ini muncul kumpulan penyatu dalam kalangan anak watan mengatasnamakan semangat nasionalism-kebangsaan muslim. Mereka mengisi ruang ketiga.

Di Turki, Badiuzzaman Said Nursi menyampaikan mesejnya melalui Risalah Nur.
Tuntutan Generasi Muda: Dari Koleksi Risalah Nur oleh Badiuzzaman Said Nursi
Menyahut Seruan

Sesungguhnya anjuran seumpama ini hendaklah disambut segera dari semua lapisan kepimpinan, cendekia, ilmuan, budayawan dan anak muda dari semua belahan dunia muslim di seluruh dunia bagi mengembalikan maruah dan kedaulatan bangsa muslim yang dihinakan semahunya itu.



Ringkasan Buku:

In this unique and lucid booklet and revered contemporary scholar, Shaykh Muhammad al-'uthamyeen addresses some of the ideological and sociological challenges faced by modern youth. Starting with an astute description of the state of contemporary young adults, he outlines major issues hindering their progress on the straight path of Islam. He not only covers current issues such as joblessness, estrangement between the young and their elders, and keeping good company but also discusses subjects predestination and the limits Islam places on individuals. In all instances al-'uthamyeen draws on the Quran and the authentic Sunnah to offer tangible solutions and to inspire the hearts of young people. The simplicity and straight forwardness of this work make even complicated issues easy to grasp. The wise advice the author offers is not only well presented but practical and compassionate. This book will benefit not only the young of the society but their parents and educators as well.