Misteri alam Melayu semakin berkembang mendapat perhatian dunia sejak terkalam riwayat penghijrahan pendakwah ke daerah di bawah angin, diberi nama Sumatera hasil dari anjuran Rasulullah itu. Apabila mengamati peristiwa penting sejarah termasuk hubungan Melayu-Arab-India-China, kita mendapati kedudukan China menempati beberapa ciri agung kesamaan nilai dari aspek amalan agama, pengalaman politik, ekonomi, perdagangan melalui lagenda 'laluan sutera' dan pengaruh kebudayaan yang didatangkan dari bangsa besar itu.
Pulau Melayu atau Malaysia terletak di sebuah semenanjung paling tenggara di benua Asia di antara Selatan Laut China di sebelah timur dan Selat Melaka di barat berhampiran dengannya di sebelah baratdaya ialah Pulau Sumatera Indonesia.
Teori kedatangan Islam dari Arab melalui perjalanan laluan sutera dan bertumpu di timur tengah memberi kesan pengaruh 'Kebudayaan Dunia antarabangsa', terhadap perkembangan seluruh aspek bidang kehidupan. Seiring galakan menuntut ilmu dikembangkan ke daerah bawah angin, kepulauan Melayu Samudera ketika raja dan maharajanya beragama Hindu - Buddha. Hubungan Melayu-China atas dasar agama, politik, ekonomi dan perdagangan diperhati dari pengenalan sejarah dan budaya zaman sebelum dan selepas perkembangan Islam menerbitkan fenomena hari ini seperti pengembaraan Cheng Ho, Masjid senibina China, pembukaan laluan maritim Laut China Selatan. Penerimaan ajaran mulia kung fu tze, dan Lao Tzu. Kerana China merupakan sebahagian dari bangsa yang menempuh pengalaman tersendiri sejak dari China Kuno lagi.
Perkembangan Islam juga menurut Dr. Awang Sariyan dinilai dari pengamatan tasauf dan tarikat di pusat pemerintahan, bandar (ibukota) dan perkampungan yang terdapat di daerah seperti Yunnan, Canton dan Guangzhou.
Andaian sebelum ini telah mengesahkan tidak ada keturunan atau rumpun bangsa di Yunnan berhubungkait Melayu, ada beberapa hubungan perniagaan seperti teh. Orang Melayu berasal-usul dari Sunda, selain Maori (New Zealand), Hawai, baka Austronesia, Melayu Polynesia dan Malaynesia.
Isu2 kontemporari berpanjangan sehingga hari ini adalah legasi sistem 'rasuah' sejak fasa perang dunia.
Selain ketelitian China mengamati kegagalan program regional melalui dasar falsafah Asia Tenggara yang disertai tidak mendapat sebarang manfaat bahkan menimbulkan konflik sempadan dengan Filipina. Dasar Laut China Selatan yang dipersetujui sebenarnya bukan semata untuk mempertahankan hak China mengekal prinsip bekerjasama melainkan sekiranya DLCS membuahkan hasil kejayaan hubungan ekonomi demi mengutamakan kepentingan perdagangan berbanding konflik negara2 Asean. Sedangkan China mempertimbangkan perlindungan nilai berdasar kenyataan projek regional telah tersekat sekitar gelanggang Lautan India sejak 1000 tahun lalu membuktikan jalan perluasan dan maritime ditentukan oleh Dasar International Laut China Selatan yang universal.
China - Timur Tengah
Sejak sekian lama China melansungkan urusannya di rantau Timur Tengah, T.Tengah terkenal merupakan pusat eksport petroleum dunia (OPEC), menjadi tempat pergantungan tenaga dan lifewire bagi negara2 maju termasuk China kerana kedudukan strategiknya berada di titik pertemuan 3 benua antara Asia, Afrika dan Eropah rancak mendapatkan perolehan manfaat hasil kestabilan kegiatan ekonomi China -Timur Tengah disamping bekerjasama menyalur sumber hasil kekayaan masing2 melalui hubungan geoekonomi, geopolitik dan perluasan sempadan geografi sejak 2000 tahun lalu.
Dr Anthony Roger Roy membentangkan lipatan sejarah kegemilangan yang terbit dari Zaman Islam meledakkan keluar api kecemerlangan dari Pesisir lautan Atlantik di bahagian barat hingga ke lautan Teduh di bahagian timur, dari pergunungan Caucuses di utara sampai ke lembah Sungai Kongo di selatan; dari padang pasir Gurun Sahara yang kering kontang sampai ke tanah hijau subur di Nusantara. Keunggulan mencorakkan kesan pergulatan sejarah pertalian China-Timur Tengah. (Prof. Dinson, Emotions as the Basis of Civilization)
China dan Dunia Melayu : Pengamatan Hubungan Antarabangsa
1. Nur Shahadah bte Jamil (UKM), Evolusi Proses Dasar Laut China Selatan China : Corak dan Manifestasi Pluralisasi
- Dasar Luar dan Dasar Keselamatan China
- Keirasan Revolusi Kebudayaan Era Mao Zedong dan Xinjiang Policy
- Aktor sub-sentral dalam proses DLCS 1949 - 2016
- Dasar berpusat, Desentralisasi terpimpin, desentralisasi instrumental, fragmentasi terhad atau fragmentasi.
2. Kempen anti-Rasuah dan Idea Dasar Era Xi Jinping, oleh Dr. Ling Tek Soon (UM)
- keberkesanan pemerintahan bergantung pada Parti
- Pemerintahan dan pelaksanaan idea Komunis Mao tze Tung
3. Dr. Ann Wan Seng
4. Dr. Roy Anthony Rogers
5. Yeremia Lalisang
6. Dr. R. Tuty Enoch Muas
7. Prof. Ulong Tan Chee Beng
8. Dr Ngeow Chow Bing
9. Prof. Madya Dr. Haslina Ibrahim (IIUM)
10. Ahmad Muziru Idham (IRF)
11. Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan