|
YB Lee Kee Hiong (Adun Kuala Kubu Baru),
Prof Siti Zainon Ismal dan Prof. Muhammad Hj Salleh |
Kuala Kubu Baru : Anak Seni, Kau Datang
.. aku merasai denyut nadimu
naik turun
hari ini ku rasakan nadimu deras, engkau merasa sedikit bahgia
dengan kehadiran tamu2 yang amat kau alukan
hembusan nafas ironinya mewangi
lantun puisi melirik lunak
jiwa2 insan berpasaran di sini
aura lentera mengalun
iramanya menukilkan nostalgia memori silam...
memang 'tanah' ini sedang kontang-gersang dengan rasa ''cinta' ini,
kehadiranmu sedikit menggamit 'rindu',
regent street
1130am
261215, Sabtu
Pasar Awam KKB
Tetamu Undangan panelis kehormat (Prof) Puan Siti Zainon Ismail, (SN) Prof. Muhammad Haji Salleh, YB Lee Kee Hiong (adun Kuala Kubu Baru).
Siti Zainon Ismail (lahir 18 Disember 1949 di Gombak, Kuala Lumpur) merupakan seorang pengarang, pengkaji seni budaya warisan Melayu, seniman, penyair, pelukis Malaysia. Beliau adalah penyair pelukis wanita yang aktif dan berkebolehan luas dalam seni rupa, rekabentuk kraftangan, tekstil, busana dan genre penulisan kreatif cerpen, sajak dan novel.
Mewakili negara untuk puisi, pameran lukisan dan seminar seni budaya seluruh tanahair dan di peringkat antarabangsa termasuk di Filipina (1976). Bhopal. India (1985). Berlin Barat ( 1985, 2000) Soeul Korea (1986). Indonesia (Aceh, Bali, Jakarta. Jambi, Lombok. Makassar. Padang. Riau, Palembang, Yogyakarta 1983-1998). Thailand (1986,1989, 1990). Perancis (1986), Berlin (1986). London (1986,1990,1992), Australia(1993), Singapura(1990,1995), Hamburg (2000), Russia (2003).
Puisi-puisi dan cerpennya diterjemah ke bahasa dunia seperti BuIgaria, Hindi, Inggeris, Korea, Urdhu, Jepun, Perancis, Thai dan Russia.
Puisi:
Nyanyian Malam (DBP 1976, 2003 ), Puisi Putih Sang Kekasih (UKM 1984), Perkasihan Subuh (Bulan Bintang. 1987). Dongeng Siti Kecil (Teks 1998), Daun-daun Muda ( 1986), Bunga-bunga Bulan (Creative, 1992). The Moon is a Candle(DBP, 1992), Ibunda -Mother (Unit Kebudayaan UKM, 1995). Taman-taman Kejadian (Galeri Melora, 1996)
Cerpen: Seri Padma (DBP, 1984), Attar Lembah Mawar (Marwilis, 1988), Bunga Putik Putih (DBP, 1991 ), Kampung Paya Kami ( Galeri Melora, 1998), Nyanyian Orang Laut (bersama Rahamad, Galert Melora 2000), Jurai Padma (DBP, 2000)
Novel: Remang Flamboyan (Fajar Bakti 1995), Pulau Renek Ungu (DBP, 1996)
Penulisan :
Jalur dan Warna (Fajar Bakti, 1985), Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi(DBP, 1986), Percikan Seni (DBP,1988), Lambang Sari Gamelan Trengganu (bersarna Harun Mat Piah, UKM, 1988), Tekstil Tenunan Melayu (DBP1994), Alam Puisi (DBP,1994), Busana Melayu Johor (Fajar Bakti 1997). The Tradisional Handicraft Design(DBP, 1997). Zikir Pelangi -The Rainbow ( Galeri Melora, 2000) dan judul alam dan kemanusiaan baru dan dalam proses penerbitan.
Awards :
Anugerah Hadiah Sastera Malaysia (puisi 1975,1976,1979,1983, 1985, 19891, Hadiah Maybank- DBP (cerpen 1996/97/98), S.E.A. Write Award ( 1989), Gelar Cut Nyak Fakinah (Lembaga Adat Aceh -MUI 1990), Anugerah Tan Seri Fatimah-Avon (1993), Pingat Jasa Kebaktian (Negeri Selangor, 1993), Prof Luar Biasa (Universitas Jabal Ghafur, 1996), Pingat Setia Mahkota Selangor (2002).
memenangi Anugerah Sketsa Kartini (1970-1973)
...............
Bicara estetika adab dan adat dalam seni, budaya, tradisi warisan sejarah, perempuan dan busana, tekstil Melayu-Nusantara. Dedikasi karya2 Puan Siti Zainon Ismail memang memikat, mengujakan, terutamanya puisi2 'Profil Cinta'. Seorang penulis prolifik, mengungkapkan perasaan jiwa seni dan kesedihannya sejak dari usia remaja dengan lirik menerusi puisi dan lukisan.
Mendapat lulusan dalam bidang seni di Jogjakarta, Akademi Seni Rupa Indonesia (ASRI). Mendapat sentuhan Affandi, belajar Seni wayang kulit, Rusli. dan sentuhan bahasa2 Perancis dan Jerman. Dunia seni Yogya aneh dan luas, SZI menyalurkan ruang seni sketsanya untuk membiayai hidup.
Nasihatnya, seni perlu diwarisi (arts as a vacation, Rendra, 1970) ayahnya berqasidah dan zanji, bersaudara dengan Ishak Surin. Seni adalah terapi kebingungan, di usia2 begini keluar memori2 lama. Guru-ibu dapat mengesani bakat murid-anaknya, mereka menentu masa depan. Kamu harus menaggung nasib kamu sbg seorg seniman, kesakitan kamu harus dibayar dengan kelembutan.
(Moden barat dan timur Islam) Kami sarjana tidak ingin menjajah, yang menjajah adalah pedagang (pemaju) dan politikus
Saya miliki 'Nyanyian Malam'nya...sentimental ""..mood romantics.."" huhu...
Persatuan Seni
1100pm
251215, Jumaat
Galeri Sejarah, Kuala Kubu Baru
Nyanyian Malam buat Puan Siti Zainon Ismail (Prof)
".. aku mengenal namamu lewat,
aku menelusuri jerih payah,
penderitaan 'ibu' yg diungkap sbg 'dendam' sebenarnya,
juga kemarahan tersembunyi,
aku belajar dari bait2mu,
sbg diari sebuah kesedihan batin...
untuk pengetahuanmu,
aku juga insaf menyelami perasaan generasiku,
yg kau dengar cuba dihurai dgn 'berbagai teori',
kita sedar akan bencana ini,
krisis yg kita namakan 'dilema' hilang punca titik bengiknya
aku menagih baktimu,
tempat bersandar harapan dan perhatian generasiku,
memimpin semangat zaman,
sbg seorang 'ibu pertiwi',
sekelumit tintamu buat generasiku, begitu bermakna,
sesungguhnya jasa ibu itu amat bererti,
budi yg ditabur secukupnya harus dibayar,
aku mahu 'ibu' membimbing
kehidupan kemanusian yg penuh ranjau ini,
walau aku tahu tak mampu membalas,
namun kau juga mengakui perjuangan panjang ini pasti dikenang
ini hanya secebis bingkis
'kejujuran' yg mampuku luahkan,
dalam rentas masa menanti
sambutan 'ikhlas' dari limpah 'rahim'-mu,
aku mengadu mengirim pesan rintih naluri anak kampus..
Salam dari Kampus...
Malam Semua Budaya
1015pm
261215, Sabtu
Malam Seni Budaya
Balai Kg. Jawa Kerling
Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor
" I Was looking for a voice of my generation. The gap that divides those of us born in the 1970s and the older generations has never been so wide." - Wie Hui, Reuters