PMIUM: 6 Dekad
Dasawarwa
Persatuan
Mahasiswa Islam Universiti Malaya atau akronimnya PMIUM telah ditubuhkan pada
tahun 1956. Penubuhan PMIUM adalah hasil inisiatif Syed Muhammad Naquib
al-Attas, seorang mahasiswa Islam di Universiti Malaya, Singapura
(kini dikenali sebagai National University of Singapura). Paradigma rata-rata
mahasiswa Islam khususnya mahasiswa Melayu sendiri lebih dipengaruhi oleh ideologi
sosialisme dan nasionalisme. Bertitik tolak pada hakikat ini, Syed
Muhammad Naquib al-Attas telah melakukan suatu ijtihad dengan menubuhkan PMIUM
demi menggerakkan idea 'faham Islam' dalam lapangan umat kampus dan nasional.
PMIUM: Pencetus Perubahan
Peningkatan kesedaran Islam pada awal tahun 1970an telah
meletakkan PMIUM sebagai wadah penting dalam perjuangan Islam di kampus. Walau
bagaimanapun, PMIUM tiada suara yang
mendominasi politik kampus sebagaimana Kelab Sosialis semasa zaman kemunculan
gerakan mahasiswa pada awal dan pertengahan tahun 1970an. PMIUM pada ketika itu
bersifat Nasionalis-Islamis yang berjuang untuk kepentingan Islam dan bangsa
Melayu termasuk isu bahasa, budaya dan kebajikan. Dato’ |Dr. Siddiq Fadzil
Presiden PMIUM sesi 1972/73 menerapkan semangat nasionalisme, mengarahkan
semangat tersebut mengikut perspektif Islam. Kewujudan golongan
Nasionalis-Islamis ini dibuktikan dengan komitmen yang tegas termasuk
pelaksanaan Islam sepenuhnya serta mengamalkan amal secara Islami. Oleh sebab
itu, PMIUM cuba menyediakan alternatif menggantikan acara yang ditawar
Universiti Malaya dibawah kelolaan UMSU (University Malaya Student Union).
Islam dan Sosialism
Perjuangan Islam PMIUM tidak serasi dengan aktiviti PMUM bercorak
kebudayaan sehingga berlaku ‘perang dingin’ antara PMIUM dengan PMUM. Oleh
sebab itu, PMIUM disingkir daripada AJK Orientasi sesi 1975/76 dan hanya
diterima semula pada sesi 1977/78 tetapi pada sesi 1978/79 sekali lagi PMIUM
disingkirkan. Keadaan ini mendorong PMIUM mengubah corak perjuangan dengan menyertai
politik kampus agar mereka lebih progresif untuk mengambil alih tampuk pimpinan
PMUM. Cubaan pertama PMIUM untuk memenuhi cita-cita siasah dengan meletakkan
calon mereka dalam pilihanraya kampus. Pada tahun 1977, PMIUM meletakkan calon
mereka iaitu Sidek Baba [pensyarah UIA, wakil ABIM], Syed Muhamad Dawilah al-Idrus
[pensyarah USM], Nasaruddin Abdul Jalil dan Naharuddin Abdullah. Sidek Baba dan
Naharuddin Abdullah berjaya memenangi kerusi MPP.
Pada pilihanraya sesi 1979/80, PMIUM memenangi 10 kerusi daripada majoriti 2/3. Antara
calon PMIUM adalah Redzuan Othman di fakulti Sastera dan Yazid Othman bagi
kerusi umum. Kumpulan Islam membentuk Barisan Mahasiswa bertanding dengan
Gabungan Mahasiswa. Pilihanraya sesi 1979/1980 dijalankan secara berparti.
Barisan Mahasiswa yang ‘menang tipis’ telah memilih Anual Bakri Haron [mantan
S/U MB Kelantan] sebagai Presiden PMUM dan Yazid Othman [persatuan wartawan di
KL] sebagai Naib Presiden.
Barisan
Mahasiswa tidak dapat membentuk kabinet PMUM. Gabungan Mahasiswa mendapat 11
kerusi daripada 21 kerusi [berlaku perubahan sokongan pengundi ‘neutral’
mengalih sokongan kepada Barisan Mahasiswa menyebabkan Barisan Mahasiswa
berjaya membentuk kabinet PMUM]. Kesilapan Barisan Mahasiswa adalah
memperuntukkan tiga kerusi untuk orang bukan Melayu tetapi tidak ada wakil
orang bukan Melayu bertanding untuk calon Barisan Mahasiswa menyebabkan
Gabungan Mahasiswa menang mudah.
Sumber;