Kilim Geoforest Park |
Merancang 5 hari
perjalanan untuk program percutian Islam di Langkawi. Perjalanan dibiayai
sendiri sepenuhnya. Sahabat saya Hamidi Shaari akan merancang pakej percutian.
Pukul 3.30ptg, keluar
dari pejabat MITRA. Singgah makan di Anytime Restoran. Pukul 4.00petang naik
teksi ke KTM Serdang. Dalam KTM, saya tersilap duduk di ruang yang dikhaskan
untuk wanita, terperasan rakaman ulang suara umumkan, "pastikan anda di
bahagian yang betul, pastikan tidak duduk di ruang khas untuk wanita". Saya bingkas bangun dan berpindah demi menjaga maruah.
Sampai stesen 'Batang
Benar', kemudian stesen Nilai. Di stesyen Nilai, kami akan naik bas
ke KLIA.
KTM Nilai, 300meter menuju ke perhentian bas untuk ke KLIA 2 |
Harga berubah-ubah mengikut keadaan, ada yang kata harga murah jika beli pada waktu antara 12mlm - 5pg |
Flight AK6320, dalam pesawat, pukul 9.15malam, kapal akan mula berangkat |
Rumah tradisi masyarakat melayu |
Dinding bergambar Masjid Jamek Kuala Lumpur |
Bibik Heritage |
2 buah buku untuk memahami bahasa dan dialek Mesir dan Saudi |
Nota: Lapangan
terbang Langkawi mula dilancarkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1960an.
Ketika itu masharakat tempatan hanya berjalan kaki ke sana. Ketika Dr. Mahathir
Mohamad mengambil alih, beliau mengubah menjadikan Lapangan Antarabangsa Langkawi.
Peta Pulau Langkawi. Sumber dari, http://gembara.bf-1.com/malaysia_/langkawi-malaysia |
Senarai Tempat di Langkawi, Harga lama, sekarang kali 2. |
Malam itu saya tak dapat tidur. Paginya dapat tidur sekejap, kepala rasa pening. Bangun dan terus mandi. Di sini hari ahad adalah hari bekerja, sesi sekolah juga bermula. Semasa bersarapan saya teringat di sini ada sungai di Durian Beringin. Saya bercadang mengajak Hamidi ke sungai untuk segarkan badan. Hamidi beritahu sekarang air sungai surut. tak dapatlah mandi sungai.
Tengahharinya, tempat mula-mula yang kami lawati makam mahsuri. Kami keluar jam 1 tengahhari menaiki motorsikal. Singgah di Masjid Saidina Abu Bakar. Disini terdapat satu stesen minyak 'Buroqoil',(kemungkinan mengambil nama kenderaan YM Baginda Nabi Muhammad ketika peritiwa isra' dan mi'raj). 'Buroqoil' hanya didapati di Pulau Langkawi.
Masjid Saidina Abu Bakar |
Masuk ke Kota Mahsuri, harga tiket RM10 |
Batu Penanda Masuk ke Kota Mahsuri |
Pengunjung dari Phuket, sebuah bas baru tiba. berduyun masuk melawat ke makam mahsuri |
Wan Aishah, Generasi ke-7 Puteri Mahsurri |
Ahli keluarga mahsuri yang dahulu (meninggal dunia) dan yang masih ada sekarang |
GAMELAN, Satu sudut sebelah dalam, alat2 muzik ini sering dibunyikan sebaik saja pengunjung sampai di sini. Anak2 gadis memainkan alat seni disini, mereka mengizinkan kami untuk bergambar. |
Gambar hiasan yang terdapat pada dinding rumah penghulu di kota mahsuri |
Buku 'Mahsuri', ditulis oleh Ismail Hanapiah. Di dalamnya diterangkan salasilah keluarga mahsuri dari tok nenek sehingga anak cucu generasi kemudian |
Pandangan depan Kota Mahsuri |
Nota: Menurut orang tempatan riwayat kisah mahsuri ada 3 versi. Dari
ketiga-tiga versi, ada yang
menyimpulkan bahawa tapak makam mahsuri yang dibina sekarang sekadar bagi
memenuhi tujuan pelancongan, Bukti sebenar perihal Mahsuri masih belum
dijelaskan sepenuhnya peristiwa yang berlaku. Tempat mahsuri dibunuh di Padang
Matsirat. Sewajarnya riwayat kisah mahsuri banyak berkisar di Padang Matsirat
dan Ulu Melaka. Menurut pertimbangan lain lagi, generasi Mahsuri juga berkait
rapat dengan zaman kesultanan Melaka.
Menu tengah hari, ketam masak gulai nanas |
Menurut ayah Hamidi, orang terawal menduduki Pulau Langkawi berasal dari Acheh dan Sumatera. (Sanusi Junid, mantan MB Kedah sblm arwah ust Azizan ada menubuhkan Aceh Development International Conference (ADIC), Beliau dijemput menyampaikan ucaptama majlis perasmian ADIC 2013 yang diadakan di akademi Pengajian Islam Universiti Malaya).
Nama Langkawi ini yang berasal dari bahasa Aceh bermakna 'banyak ikan'.
Guru2 yang pernah mengajar ilmu agama di Pulau ini datang dari Ulama Pattani. Dari Tanjung Rhu boleh nampak Thailand (dari T.Rhu ke Songkhla ambil masa sejam perjalanan). Orang tempatan di Tanjung Rhu juga berbahasa Siam sebagai bahasa perantaraan seharian.
Amar memandu kenderaannya |
Terima Kasih kepada Amar @Ammru Alfateh yang sudi mengajak kami mandi sungai petang itu.
Lepas selesai mandi, kami makan bihun sup. Kedai bersetentang dengan Masjid Kg. Ulu Melaka, petang itu ada dibuka pasar malam di dataran bersebelahan masjid.
Pelancong menanyakan jalan kepada Ammar, |
Mahathir Mohamadd: An Illustrated Biography by E.Yu. Buku yang baru dibeli Ammar disediakan dalam keretanya sebagai bacaan santai pelancong yang naik vannya. |
Malam itu kami makan nasi
goreng dan teh ais di kedai makcik Hamidi. Kami berbual kisah-kisah kawan lama
terselit juga pasal pengajian. Selepas selesai makan, kami terus ke pekan Kuah,
menuju Dataran Lang, Langkawi, disana terdapat tugu binaan helang, mercu tanda
Pulau Langkawi. Sesuai dengan binaanya ‘Burung Helang’ diatas batu ‘Kawi’, jadi
Langkawi. Ada keserasian dengan burung helang dan 'banyak ikan' (bukti citra
masharakat tempatan berdaya alami apabila menetapkan nama tempat).
Pelancong arab saudi,
ketika datang kesini, ada yang pernah menyinggung, katanya 'ma fi faedah'
bermaksud tidak ada faedah (mereka menyifatkan binaan seumpama ini sebagai
'timtsal', menyerupakan binaan dengan makhluk bernyawa). Menurut kisah, untuk
membina tugu Langkawi mengorbankan nyawa manusia, dan ketika proses menyiapkan
binaan, berlaku gangguan guruh, untuk mencegah dari kejadian ini, mereka meletakkan alquran dalam binaan kepala
burung helang, barulah jadi binaan Lang di atas batu Kawi sebagai simbol Pulau
Langkawi seperti yang ada hari ini.
Satu yang menarik,
Langkawi diiktiraf UNESCO sebagai geopark, iaitu destinasi yang mempunyai hasil
khazanah batu dan bukit menjangkau ratusan tahun. Ini terdapat di Tanjung Rhu
ketika melakukan aktiviti mangrove. Malangnya telah ditarik balik kerana tidak
memelihara alam sekitar.
Dataran Lang, Langkawi. Telah disempurnakan perasmiaannya pada hari Rabu 23 Oktober 1996 bersamaan 10 Jamadilakhir 1417H oleh Yab Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad |
Nota: Di pekan Kuah,
orang Aceh ada yang menetap disini. Dahulunya seorang penduduk memiliki
tanah yang luas. Penduduk tempatan Langkawi yang dahulunya berasal dari Aceh
mendapat hak memiliki tanah. Dahulu, terdapat juga orang-orang dari india
yang berkahwin dengan Melayu disini.
24 Mac 2014, Selasa
Mendengar seruan azan,
pagi itu saya ke surau kg. Padang Putih. Selepas subuh, membaca berita khabar
sahabat2 saya yang terlibat dalam himpunan mansuh GST. Saya mendapat tahu
Langkawi terbebas dari cukai GST. Lepas itu saya tidur.
Tengahharinya, kami
(saya, Hamidi dan Farizi) ke Haji Ismail Group (HIG) di Kuah. HIG adalah sebuah
syarikat perniagaan coklat yang berjaya di Langkawi. Selain menjual coklat, HIG
juga menjual alatan pinggan mangkuk (seramik) dan lain2. Menurut kisah, perusahaan
yang mula dilakukan Haji Ismail adalah memelihara kerbau. Bapanya seorang
penyelia sekolah-sekolah agama. Haji Ismail telah meninggal dunia 5 tahun lalu
(2010). Perniagaan diambil alih oleh anak2nya. Mereka mengembangkan lagi
perniagaan dengan menubuhkan Kompleks Haji Ismail dengan kadar pembiayaan
pinjaman RM100 juta.
Kompleks HIG ini disokong pembinaan oleh mantan MB Kedah Allahyarham YB Azizan Razak. Hotel yang mula dibangunkan bercitra islam sebelum Hotel Adya |
Ruangan dalam Kompleks Haji Ismail Group HIG |
Hamidi beritahu saya
sekiranya berkemampuan untuk memulakan perusahaan di Langkawi, dia ingin
membuka satu pusat mandian herba (walaupun sekarang ada perkhidmatan SPA), yang
mana menurutnya mencirikan pengalaman turki uthmaniyah.
Antara perusahaan lain
yang dilakukan orang tempatan Langkawi termasuk menanam padi, jagung, menternak
binatang seperti kambing, ayam, burung merbuk dan terkukur (bagi tujuan
bunyi-bunyian).
Nota: menanam padi di
Langkawi hanya setahun sekali. Berbeza di Indonesia, sebaik saja padi dituai,
jerami dibakar mereka langsung menanam jagung.
Petang itu, kami ke tepi pantai bersebelahan lapangan mendarat kapal terbang. kemudian ke Beras Terbakar, Padang Matsirat.
pemandangan di waktu senja matahari terbenam |
Taman Tugu Keris, untuk memperingati Mahsuri Puteri lagenda di pulau Langkawi yang dihukum bunuh di tempat ini pada tahun 1234H bersamaan 1819M. |
luasan pemandangnnya mengusik perasaan
hati merasa keadaan ini menyimpan citasempurna,
citra sanubari masharakatnya masih ada pada luasannya,
hati merasa keadaan ini menyimpan citasempurna,
citra sanubari masharakatnya masih ada pada luasannya,
hilang pada warisannya,
semangat itu tidaklah terlalu jauh meninggalkan kita
kenyataan kisah padang beras terbakar, Kg. Raja
semangat itu tidaklah terlalu jauh meninggalkan kita
kenyataan kisah padang beras terbakar, Kg. Raja
di halaman rumah Ku Halim masih tercatat.
merenungkan jiwa hampa
seakan merasa putus asa dengan naluri ketamadunan,
merenungkan jiwa hampa
seakan merasa putus asa dengan naluri ketamadunan,
ayuh, siramilah Langkawi dengan lagenda 'Helang Kawi'.
25 3 2015
Rabu, 700ptg
25 3 2015
Rabu, 700ptg
Pada sebelah malamnya kami singgah di YB Corner, malam itu ada sambutan majlis menyambut ulangtahun hari lahir Tan Sri. Majlis diraikan dengan persembahan qashidah dari pelajar2 madrasah.
Berhenti makan di YB Corner [photo, 24 Mac 2015, Selasa 12 tghmlm, seusai persembahan qashidah sempena menyambut majlis ulangtahun Tan Sri. Gambar bersama kumpulan qashidah, Tan Sri dan YB adun Kuah) |
(YB Nor Saidi B. Nanyan, adun Kuah 2015) |
Petang itu kami ke Makam Purba, Kg. Ulu Melaka. Berhampiran masjid jamek lama Ulu Melaka, bersebelahan Maktab Mahmud (yang dulunya Madrasah Islahiah).
Mengikut kisah berbeza, maqam ini adalaah makam Puteri Mahsuri. Kisah lain mengatakan ia adalaah makam Tun Jana Khatib (rujuk nota Prof.). Manakala riwayat lain lagi mengatakan makam Sultan Muhyiddin Mansor Syah.
2 lagi makam di sebelah dalam kawasan berhadapan halaman rumah. |
Nota dari Prof Hafidzi M. Noor:
Di Manakah Tun Jana Khatib.
Apakah generasi hari ini pernah mendengar ini.
"Telur itik di Singgora
Pandan di tengah di langkahi
Darahnya titik di Singapura
Jasadnya terlantar di Langkawi".
Siapakah pendakwah dari Pasai ini, apa hubungannya dengan Singapura? hubungannya dengan kisah singapura di langgar todak, dan dengan serangan Majapahit?...Apa yang berlaku pada 1819 dan 1824? Prof. Dr. Hamka menyebut Singapura ibarat 'burung yang terlepas dari tangan'. Tanah warisan ini terletak bangunan tinggalan di Kg. Gelam. [sumber,https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10206320352193469&set=a.2957992634654.153691.1406644655&type=1&theater]
Sumber Info Langkawi
Pulau Langkawi mempunyai sumber penyampaian infonya yang khas membawakan liputan langsung mengenai Langkawi melalui Langkawi FM. Penyampai radio (DJ) Suriati, adalah mak sedara (maksu) Hamidi. Saya belum berkesempatan berjumpa dengannya. (https://www.facebook.com/djsuriasu2?ref=profile).
Masjid Al-Hana
Masjid Al-Hana merupakan satu pusat penting penyampaian ilmu dan penyebaran dakwah Islam di Langkawi. Semasa saya singgah solat asar di Masjid ini, ada terdapat banner iklan program mahabbah Rasulullah bersama Sayyid Omar bin Habib Zein bin Sumith yang bakal diadakan pada malam sabtu, 28 Mac 2015, selepas Isya'.
Sumber photo, http://www.langkawi-info.com/attractions/al-hana-mosque.htm |
26 Mac 2014
Kami bercadang untuk melakukan aktiviti Island Hopping pada jam 300ptg. Setibanya disana, kami dimaklumkan yang peserta baru saja telah berlepas pada pukul 230ptg tadi.
kami ke Pasar Malam Bohor Temoyong, Pantai Cenang.
Pengunjung dari luar negara |
145pagi: Istanbul Restaurat, Pantai Cenang |